Ini yang tak bestnya ni...belum dilancarkan lagi dah tunjuk belang!! Ingatkan percuma seperti yang kerajaan kata, rupanya kena caj juga, cissss!!!
Baca selanjutnya:
KUALA LUMPUR: Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.
"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.
Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.
Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.
(Sumber: Malaysiakini)
JR: Dah agak dah...e-mail 1Malaysia ni ada udang di sebalik mee. Hantar e-mail ke luar negeri seluruh dunia percuma saja, tapi bila hantar e-mail ke dalam negeri kena caj pula. Betullah orang ramai tak dikenakan caj, percuma saja bila guna e-mail 1 Malaysia buat masa ini, tapi sampai bila percuma? Di masa depan dan sampai bila-bila pun percuma juga ke?
Dan bila syarikat Tricubes yang menguruskan e-mail 1Malaysia tu kata agensi kerajaan dikenakan caj 50 sen satu e-mail tetapi orang ramai percuma, janganlah kita sebagai rakyat menarik nafas lega. Agensi kerajaan itu sumber pendapatan wangnya daripada mana, bukankah ia dari sumber cukai yang dikenakan kepada rakyat? Jadi bila satu e-mail agensi kerajaan perlu bayar 50 sen, siapa yang tanggung? Rakyat yang bayar cukai jugalah yang tanggung!!
JR difahamkan syarikat Tricubes itu adalah syarikat yang bermasalah. Harap-harap masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh syarikat ini akan dapat diselesaikan jika banyak perkhidmatan e-mail 1Malaysia dikenakan caj!!
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....