Ramai yang trauma selepas menjadi mangsa rompakan. JR memahami situasi ini kerana pernah merasainya selepas rumah dipecah masuk. Tapi kadang-kadang di sebalik musibah ada hikmah yang Tuhan turunkan.....
Ian Petrie bersama ibunya Anne
Di Bristol, UK, seorang lelaki, Ian Petrie mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dia dirompak. Pada tahun lepas Ian dirompak oleh 4 orang penyamun yang kemudian mencederakan kepalanya. Ian lepas itu pergi ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan. Di hospital tersebut, doktor yang merawatinya mengesan ketumbuhan sebesar 2cm di dalam otak Ian.
Ian yang berusia 33 tahun kemudian menjalani rawatan. Dia kini telah sembuh selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu yang boleh membawa maut jika lambat dikesan. Syukurlah kerana dirompak, jika tidak Ian mungkin tidak tahu ada ketumbuhan di dalam otaknya.
Apa jadi dengan perompak-perompak yang "baik hati" kerana telah "menyelamatkan" otak Ian itu? Keempat-empatnya didapati bersalah oleh mahklamah kerana merompak dan dikenakan penjara 4 tahun....
(Sumber berita:Australian News & Search Aggretor)
Kite pun penah kene 'pecah umah'..tp duit jer hilang..yg lain seme slamat..tu la, de hikmat disebalik dugaan kesusahan tu..
ReplyDeletebetul sangat.. mmg panas hati bila terkena.. tp cuba bawa bertenang & lihat sekeliling.. pasti ada hikmahnya!
ReplyDeleteminta dijauhkan apa2 yg buruk...=)
ReplyDeleteDhia: JR pernah kena pecah rumah 2 kali dlm seminggu..Yg marah sekali bila report polis mereka ketawa sebab tak pernah jadi kes mcm tuu, seminggu dua kali kena..
ReplyDeleteHaw: Memang panas hati, lebih panas bila polis kata: "biasalah kena macam ni..." Macam la jenayah tu perkara biasa di M'sia..
ReplyDeleteTeenager Housemaid: Amin...
ReplyDelete