»

30 March 2011

Jahat Sangat Ke Kastam Malaysia Wahai Bang Kosmo?


Hari ni JR baca Kosmo..bukan Kosmo Online, tapi akhbar Kosmo dlm bentuk newspaper. JR teerkejut dengan tajuk tak senonoh nie:





























Mengapa tajuknya gitu, bang editor Kosmo? Mengapa tajuknya "Kastam Belot Wangt Negara"? Jahat sangat ke Kastam tu? Bila Kosmo sebut "Kastam Belot Wang Negara", itu bermaksud Kastam Diraja Malaysia memang kerjanya ialah membelot wang negara. Semua pegawai dan staf Kastam memang jahat!!!

Sedang cerita sebenar ialah mengenai sepasang suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah dan rasuah. Ratusan ribu ringgit wang ditemui di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang dipercayai jumlah sebenar ialah berbilion ringgit di mana si-suami adalah berpangkat Datuk.

Tengok tu, hanya kerana dua orang pegawai Kastam belot wang negara, seluruh Jabatan Kastam dipersalahkan. Teruknya akhbar buat berita!! Mengapa tak tukar tajuk lain yang lebih molek misalnya:

"Suami Isteri Pegawai Kastam Lari Wang" atau
"Pegawai Kastam Pangkat Datuk Songlap Wang" atau
"Suami Isteri Kastam Lari Wang" atau
"Bilion Ringgit Wang Lesap Dilari Suami Isteri"

Banyak lagi tajuk sebenarnya yang boleh dipilih. Yang bersalah ialah individu, bukan jabatannya, mengapa seluruh agensi dipertanggung jawabkan?

Tapi memang dasar akhbar ialah membuat berita sensasi untuk melariskan jualannya. Cuma JR tak pasti sama ada jika ada staf JPM (Jabatan Perdana Menteri) yang rasuah, Kosmo akan berani tulis tajuk, "Perdana Menteri Belot Wang Negara"? Berani ke Kosmo tulis tajuk begitu??

5 comments:

  1. Saya adalah anggota kastam. Syabas kpd JR kerana berani membetulkan tajuk berita Kosmo. Kami anggota Kastam sangat marah dgn tajuk Kosmo itu yg seolah2 menuduh kastam adalah jabatan rasuah. Kenapa hanya kerana seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit?

    Memang ada anggota kastam spt juga polis, imegresen dll yg makan rasuah. Tapi bukan semua anggota kastam makan rasuah. Hanya segelintir kecil saja yg begitu.

    Pihak akhbar perlu lebih bertanggung jawab ketika memilih tajuk berita.

    ReplyDelete
  2. kosmo ni nak cari publisiti je dengan tajuk2 macam tu. ntah pape je kosmo ni. Freaky x penah beli

    ReplyDelete
  3. Jr
    Biasalah akhbar di Malaysia...mungkin wartawan akhbar kena kursus bahasa kot...depa ni kadang-kadang bukan reti bahasa pun. Keluar bidang lain jadi wartawan...tu yang jadi lagu tu. Tambah-tambah editor yang tak pandai.

    ReplyDelete
  4. Freaky: Org Melayu suka baca Kosmo kerana ia banyak bawa berita ringan & berita pelik.

    ReplyDelete
  5. Anjungsena: Betul3. Kerja akhbar ialah menyeleweng fakta...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....