»

08 March 2011

Misteri Isteri Artis Lan Pet-Pet Kena Sembunyi

JR ingat kisah laki sembunyi bini ni cerita zaman dulu-dulu ajer, tak sangka pula zaman digital ni masih ada orang yang macam Lan Pet Pet yang sembunyi bininya dari pengetahuan orang luar, sampai perkembangan isterinya tak siapa yang tau.

Masa JR kecik-kecik dulu memang ada juga orang kampung yang sembunyi bininya dalam rumah, tak benarkan bergaul dengan masyarakat kampung, tak benarkan bininya ke surau, tak benarkan menghadiri kenduri, tak benarkan itu, dan tak benarkan ini. Kalau pergi ke rumahnya pun, si-suamilah yang menghidangkan minuman, sebab dia tak benarkan isterinya menjenguk muka di ruang tamu berbual dengan tetamu. Sampai macam tu!!

Tapi itu cerita dulu-dulu. Tak sangka pula Lan Pet Pet yang menghirup oksigen tahun 2011 masih mengekalkan tradisi sebahagian kecil orang zaman dulu yang sembunyi isteri kebanyakannya sebab cemburu. Memang betul kata Lan, pendedahan isteri kepada khalayak ramai boleh mengakibatkan fitnah, tapi jika menyorok isteri keterlaluan pun boleh menimbulkan fitnah juga. Orang mungkin membuat pelbagai andaian tentang isteri Lan yang tidak benar, kerana sudah menjadi sifat manusia yang suka mereka cipta cerita jika dia tak dapat cerita sebenar.

Baca selanjutnya cerita Lan pet Pet seperti tersiar dalam Star Online:


PETALING JAYA: Pelawak Mazlan Ahmad,42, atau lebih popular dengan panggilan Lan Pet Pet mengambil pendirian enggan mendedahkan mengenai kisah rumah tangganya kerana bimbang “ada orang dengki”.

Lan berkata, dia akur dengan nasihat ibunya supaya tidak menceritakan perihal rumah tangga kepada media dan orang ramai kerana cara itu membolehkan pihak-pihak yang membenci mereka boleh melakukan perkara-perkara mistik.

“Maaf saya tak boleh nak bagi tahu kisah rumah tangga saya. Saya ingat pesan emak saya jangan sibuk nak cerita kisah suami-isteri. Takut nanti ada orang dengki, dia orang boleh buat macam-macam,” kata Lan.

Lan yang bernikah dengan adik aktres Rozita Che Wan, Rubytah Abu Bakar @ Che Wan,32, pada 20 Ogos 2008 juga tidak mahu membicarakan mengenai perkembangan isterinya sama ada sudah mengandung ataupun belum selepas mereka berumah tangga.


Kata anggota kumpulan Senario itu, dia boleh bercerita hal berkenaan tetapi cukuplah untuk pengetahuan wartawan sahaja tanpa perlu didedahkan melalui media masing-masing.

“Kalau ada orang yang jahat, dia orang boleh buat macam-macma dekat kita. Lebih elok kita toksah (jangan) dok bercerita sangat pasai bini kita mengandung ataupun tidak,” ujarnya dengan loghat Utara.

JR: Geleng kepala....

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....