»

08 March 2011

Kenaikan Harga Petrol Seperti Tak Dapat Dielak Lagi




Biasanya sebelum harga petrol naik, kerajaan akan bagi bunga-bunga kenaikannya dulu. Misalnya kerajaan beri amaran kepada rakyat jangan membazir petrol. Atau kerajaan sering membandingkan harga petrol kita dengan negara luar yang tak ada minyak dari perut buminya.

JR sudah dengar ramai orang bercakap harga petrol RON 95 akan naik sedikit masa lagi. Bila BN menang besar di Merlimau dan Kerdau, makin ramailah orang bercakap masa untuk kenaikan harga petrol Ron95 semakin hampir. Mereka berkata kerajaan akan menaikkan harga petrol sebagai HADIAH  kepada pengundi-pengundi Merlimau dan Kerdau yang masih setia dengan kerajaan!!

Tapi ah... itu cakap sinis pendokong politik parti itu, mana boleh percaya 100% kan?

Apapun, bila hari ni keluar pula dalam Utusan Malaysia berita seperti ini, JR seperti yakin masa yang ditunggu-tunggu untuk satu lagi kenaikan harga petrol Ron 95 yang membebankan rakyat itu sudah tak dapat dielakkan lagi:

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.

JR: Harap-harap apa yang orang cakap dan apa yang Datuk Michael Yeoh kata TAK BENAR!!

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....