»

13 March 2011

Awas, Aroma Ini Boleh Meningkatkan Nafsu Sex...Tolong Jangan Dekati!!






Tau ke korang, terdapat aroma-aroma tertentu di dunia ini yang boleh menyebabkan wanita dikejar lelaki atau lelaki dikejar wanita? 

Aroma-aroma tertentu ini jika dihidu boleh saja tiba-tiba meningkatkan nafsu sex lelaki atau nafsu sex perempuan. Oleh itu tolong jangan salah guna aroma-aroma ini. Pompuan yang belum kahwin tolong jangan guna aroma-aroma ini, takut tak cukup kaki korang akibat dikejar jantan sepanjang jalan!! Begitu juga lelaki bujang tolong hindari aroma-aroma ini, takut puluhan pompuan mengejar korang, sedangkan korang cuma boleh kahwin empat!!

Tapi kalau korang lelaki dan pompuan yang dah kawin tu, okey lah, jika korang nak guna aroma-aroma ini untuk menarik suami/isteri korang mendekati korang, terutama di malam hari di musim hujan yang seringkali sangat-sangat dingin ini...

Mengikut kajian Dr Rachel Herz dari Brown University, Chicago mendapati beberapa aroma berfungsi bagitu kuat dalam menentukan daya tarikan seksual seseorang.


"Kajian saya  menunjukkan bahawa ketika seseorang dihadapkan pada suatu aroma yang disukainya, mereka lebih cenderung memiliki perasaan positif pada orang-orang berlainan jenis disekitarnya yang menyebabkan peningkatan daya tarik," ujar Dr Herz.

Menurutnya aroma tertentu itu akan meningkatkan oksigen di otak yang mempengaruhi emosi, sikap, bilangan  hormon dan energi seseorang yang memberi kesan pada daya tarikan seksualnya.



Aroma Yang Boleh Menaikkan Nafsu Sex Lelaki:

Mengikut Dr Herz aroma tertentu boleh meningkatkan aliran darah ke organ seksual lelaki sehingga hampir 40 peratus, iaitu:
  1. Lavender
  2. Labu ranum
  3. Donat
  4. Licorice (sejenis pemanis berwarna hitam).

Aroma Yang Boleh Menaikkan Nafsu Sex Perempuan:

     1.  bau bedak bayi
     2.  bau kopi
     3.  bau  lavender 
     4.  bau-bau lain seperti vanilla, barbaque dan cherry
     5.  bau cucian laundry
     6.  bau lotion 
     7.  bau rumput yang baru dipotong!!

Awas...berhati-hati dengan aroma-aroma itu!!

(Sumber: CNN News 12.3.11)

2 comments:

  1. donat pon ade gak ye jr. sedapnye donat. lame x makan

    ReplyDelete
  2. @Freaky: Makanlah donat selalu utk menambat sayang sang kekasih!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....