»

14 March 2011

19 Mac 2011..Malapetaka Besar Melanda Bumi...Sudahkah Korang Bersedia?



Mungkin korang sudah mengetahuinya, sudah membacanya, tapi pasti masih ramai juga yang belum tahu sesuatu akan berlaku kepada bumi pada 19 Mac ini. Apa yang bakal berlaku kepada bumi pada 19 Mac ini, hanya 5 hari dari sekarang

Apa yang akan berlaku pada 19 Mac ini ialah fenomena luar biasa yang dikenali sebagai ‘Supermoon. Supermoon berlaku apabila bulan berada sangat dekat dengan bumi. Ia menyebabkan bulan kelihatan cukup besar dan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim dilihat apabila bulan mengambang.

Tapi supermoon yang akan berlaku pada 19 Mac ini lebih menakjubkan kerana bulan ketika itu berada pada jarak paling dekat dengan bumi iaitu pada jarak 356,577 km iaitu yang keenam terdekat sejak kali terakhir pada 1985.

Supermoon.pngSupermoon2.png
 Fenomena 'supermoon' banyak mengakibatkan  bencana alam besar berlaku.

Tapi apa yang lebih menakutkan kita ialah banyak kejadian bencana mungkin akan berlaku menjelang ketibaan supermoon seperti tahun-tahun sebelumnya. Antara bencana alam menjelang  supermoon yang pernah berlaku sebelum ini ialah:
  • Tsunami Meulaboh- berlaku pada 26hb Disember 2004, iaitu kurang dua minggu sebelum fenomena Supermoon berlaku pada Januari 2005. Tsunami 2004 itu telah menyebabkan 225,000 manusia dari seluruh Asia hingga ke Afrika terbunuh.
  • Taufan Tracy- berlaku pada 25hb Disember 1974 sehingga memusnahkan 70% bandar Darwin, Australia. Ia berlaku kurang beberapa hari sebelum fenomena Supermoon berlaku. Taufan dahsyat ini telah menyebabkan  70 orang terbunuh, ratusan tercedera, dan lebih  30,000 kehilangan rumah.
Berikutan apa yang pernah berlaku itu ramai saintis Barat meramalkan menjelang 19 Mac ini air pasang besar akan melanda banyak pantai di seluruh dunia, gegaran besar akan berlaku di beberapa tempat diikuti tsunami dahsyat !! Salah seorang saintis tersebut, saintis Amerika Syarikat, Richard Nolle meramalkan banyak bencana alam akan berlaku sekitar 19hb March 2011

Yang jelas, seperti korang semua tahu ialah bencana tsunami yang berlaku di Jepun pada 11 Mac 2011 cuma 8 hari sebelum superemoon 2011 yang dijangka memakan korban puluhan ribu orang. 

Tapi adakah akan berlaku satu lagi bencana  alam yang lebih besar selepas tsunami pada 11 Mac 2011 di Jepun itu? Ramai  saintis yang JR baca dalam beberapa artikel begitu yakin akan berlaku satu lagi malapetaka, mungkin pada 18 Mac ini - 4 hari saja lagi!!

Cuma saintis-saintis Barat ini lebih percaya kepada ilmu akal, berbanding ketentuan Illahi. Ia berbeza dengan  JR dan orang-orang Islam lain yang percaya segala yang berlaku adalah kehendak Allah. Jika Allah menetapkan tsunami akan berlaku pada 11 Mac 2011, maka ia pasti berlaku. Dan jika Allah menyatakan tidak ada apa yang akan berlaku pada 18 dan 19 Mac ini selain dari saiz bulan yang sangat besar, maka tidak akan apa yang berlaku pada tarikh-tarikh itu....

4 comments:

  1. bagus pandangan jr. sebagai orang islam kite patut yakin dengan ketentuan Allah dan bukan yakin kepada pengiraan dan bicara saintis yang mungkin 100% salah

    ReplyDelete
  2. hanya Allah yang berkuasa..kita kena terima musibah dengan redha....

    ReplyDelete
  3. apabila Allah berkata,
    kun fayakun...

    sentiasa yakin dengan qada' dan qadar...

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Pandangan yang jr bagi tu sekurang-kurangnya boleh dijadikan ikhtibar dalam hidup kita seharian..bila kita tahu yang dunia sekarang sudah begitu hampir dengan kiamat, kita boleh perbaiki segala amalan kita di dunia ini..

    Thanx pada jr atas info tersebut..
    Minta izin utk share di blog sy yea??? :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....