papaya @ betik: boleh mengurang kelelakian....
Jika korang yang baca entry ni lelaki, ingatlah selalu: jangan selalu makan papaya @ betik. Jika korang pompuan yang ada suami, demi masa depan rumah tangga korang, nasihatkan suami jangan selalu makan papaya.
Mengapa lelaki dinasihatkan jangan makan papaya? Bukankah papaya baik untuk kesihatan?
Papaya memang baik untuk kesihatan dan papaya juga baik untuk melembutkan daging. Jika yang pandai masak (macam JR nie...angkat bakul sikit..hihihi..) memang tau benar tentang tips untuk melembutkan daging iaitu dengan memasukkan sedikit daun atau buah papaya ke dalam rebusan daging. Masukkan sebiji betik muda yang dihiris kecil atau beberapa helai daun betik ke dalam rebusan daging, insyaallah daging yang pejal akan menjadi lembut dan enak di makan.
Mengapa papaya boleh melembutkan daging? Sebenarnya dalam papaya ada sejenis enzim bernama papain yang sangat berkesan untuk melembutkan daging. Enzim ini meresap dalam daging, melembutkannya dan memudahkan kita mengunyahnya..
Tapi apa pula hubungan papaya yang boleh melembutkan daging dengan lelaki? Mengapa lelaki yang biasanya berpenampilan perkasa, gagah dan macho itu tidak digalakkan makan papaya?
Mengikut seorang rakan JR (dia seorang lelaki Cina), lelaki yang selalu mengamalkan pengambilan papaya akan menyebabkan tisu dagingnya yang pejal jadi lembik, keperkasaannya menjadi tumpul, kegagahannya pudar dan akhirnya sifat macho mereka turun ke taraf zero!! Silap haribulan, isteri yang dulu menyayangi mereka mula menjauhi suami yang semakin hilang kelelakiannya, tidak lagi berminat mengadakan hubungan intim dengan isteri dan sebagai alternatif isteri mencari pengganti lain yang lebih kekar, perkasa, gagah dan macho.
Sebab tak mau jadi lembik, rakan Cina JR tu tak makan papaya, malah melarang anak lelakinya makan papaya kerana katanya dia kesian bila anaknya besar nanti lembik macam papaya. Dia juga memberitahu JR sebilangan lelaki Indonesia dan Bangla yang berada di negara ini suka membeli papaya sebagai satu cara mengurangkan nafsu mereka untuk mengorat gadis tempatan.
Segalanya kerana papaya!! Segalanya gara-gara enzim papain di dalam papaya yang boleh menyebabkan suami tidak bernafsu lagi terhadap isterinya....
Sebenarnya idea untuk menulis entry ini terlintas di fikiran JR ketika ke pasar tadi. Tiba-tiba ada seseorang yang agak berumur berbisik ke telinga JR: "Jangan beli betik banyak-banyak, ia tak baik untuk kesihatan lelaki..".
"Tak baik untuk kesihatan?" JR pura-pura hairan nak tau lebih lanjut apa yang tersirat di kepala lelaki itu.
"Betik boleh melembutkan semuanya, termasuk "benda" tu", kata lelaki tu sambil tergelak besar...
Memang JR dah lama tau rahsia papaya tu, tapi JR tetap juga beli....beli untuk isteri supaya kelembutan dan keayuannya makin terserlah dengan memakan papaya!!!
~ JR
Good info...saya suka betik, tapi bini ada 3, camna nie??
ReplyDeleteGood info...saya suka betik, tapi bini ada 3, camna nie??
ReplyDeleteGood info...saya suka betik, tapi bini ada 3, camna nie??
ReplyDeletehehehe...belum kawin lagi..tapi info yang berguna dari bro JR...
ReplyDeletemakan ulam daun salom boleh meningkatkan kekuatan lelaki utk bertahan..ngeeeeee....
ReplyDeleteSaya suka ulam daun selom, patut ler....hihihi
ReplyDeleteuntuk pengetahuan jr. saya x makan langsung buah buahan. huhu
ReplyDelete@pendekar berkuda: Belum kawin rupanya...
ReplyDelete@Sahrifah nor: terima kasih utk info anda
@Freaky: Tak makan buah rupanya...
@pendekar berkuda: Belum kawin rupanya...
ReplyDelete@Sahrifah nor: terima kasih utk info anda
@Freaky: Tak makan buah rupanya...