Seperti korang tau, mengikut Islam iblis dicipta Allah dari api. Ketika Allah mencipta Adam dulu, iblis enggan sujud kepada Adam kerana si-laknat itu percaya api adalah lebih baik dari tanah yang menghasilkan manusia. Peristiwa yang JR nak kongsikan dalam entry ni ialah satu kejadian yang paling mengerikan dalam kebakaran yang berlaku di Pasar kebayoran Lama, Jakarta Selatan apabila di celah api yang menjulang tinggi tu tiba-tiba muncul wajah menyerupai iblis yang amat menakutkan!!
Bahagian paling jelas dalam wajah iblis yang kelihatan berbentuk seperti mata, alis, dan hidung si-iblis itu. Foto yang menggemparkan Jakarta tersebut berjaya dirakamkan oleh fotografer Persda Network, Bian Harnansa, yang berada di tapak kebakaran.
Wajah iblis yang jelas kelihatan di tengah-tengah gumpalan api
Walaupun ia kebakaran yang menakutkan kerana banyak kerugian harta benda di samping kemunculan wajah iblis, sesuatu yang menakjubkan ialah sebuah MASJID yang terletak cuma beberapa meter di sisi pasar tersebut tidak disentuh sama sekali oleh api menyerupai iblis yang sangat besar itu. ALLAHU AKBAR!!!
Menurut penjaga masjid tersebut, Masjid Darussalam seharusnya ikut terbakar kerana sangat dekat dengan mesin blower dalam pasar tersebut. “Seharusnya masjid ini pun ikut terbakar kerana ruang mesin blower meledak dan jaraknya hanya sekitar dua meter dari masjid,” kata Uju Haerudin, penjaga masjid itu.
Uju menunjukkan kepada wartawan Tribunnews.com posisi tempat kebakaran. Wartawan itu melihat ruang mesin blower yang terbakar dekat dengan sebuah wakaf masjid yang dibuat dari kayu.
“Lihat sendiri. Wakaf ini terletak tepat di depan ruang mesin. Waktu kebakaran, ruangan ini meletup mengakibatkan api melonjak tinggi. Mengikut logik akal api besar itu pasti menyambar wakaf ini dan seterusnya menjilat kubah masjid, tapi ia tak berlaku” kata Uju.
“Api yang naik sangat tinggi, kenapa api itu tidak jatuh ke arah bumbung masjid di bawahnya. Inilah mukjizat Allah,” ucapnya lagi.
JR: Begitulah kuasa Allah. Bukan kah Allah sudah berfirman: Kun Fayakun...bila Aku kata jadi, maka jadilah!! Bila Allah tak mengizinkan masjid itu terbakar, tidaklah ia terbakar walaupun wajah iblis yang menyeramkan itu ada di dalamnya!!!
~ JR
(Sumber asal: TRIBUNNEWS.COM)
Subhanallah....
ReplyDelete