»

03 February 2011

Sori Yer...JR Tutup Kedai....


Salam untuk semua penggemar blog nie,

Ketika menulis ni JR sedang bersiap-siap nak  ke jeti Kuala Kedah. Dari Kuala Kedah nak naik feri ke Langkawi. Raya Cina ramai yang balik kampung, tapi JR nak bawa famili ke Langkawi bercuti hingga hari Sabtu ni baru balik semula ke Alor Setar...

Jika selama 2-3 hari ni korang nampak blog ni tak di update, itu bermakna:

i)  JR sibuk dengan pelbagai acara melancong; atau

ii)  Susah dapat line sebab JR bukan menyewa hotel tapi tinggal di istana hinggap keluarga yang terletak di celah-celah bukit yang memang pun susah dapat line..; atau

iii)  Isteri JR tak benarkan JR berblogging......"melancong buat ler cara melancong", kata sang isteri..(Betul ke dia akan kata begitu?)

Jadi maafkan JR jika 2-3 hari ni mungkin kedai ni ditutup sementara atau mungkin buka separuh pintu saja...

~ JR

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....