»

03 February 2011

LANGKAWI: Perjalanan Yang Tak Direstui


Kalau korang ada terbaca entry JR pagi tadi, korang pasti tau bahwa JR sejak pagi tadi melancong ke Langkawi. Jadi kalau mengikut cerita itu, JR kini sedang berada di Langkawi, menikmati keindahan Pantai Cenang sambil bermandi-mandian bersama isteri tercinta dan anak tersayang...betapa seronoknya. Dan lepas tu pergi pula ke Makam Mahsuri dan Pantai Rhu. Esok pula ke Under Water, Beras Terbakar, Pantai Hitam dan dotdotdot. Banyak tempat menarik di Langkawi....

Tapi seperti kata orang, kita hanya dapat merancang, tapi Allah jua yang maha perancang. Setibanya JR di Terminal Feri  Kuala Kedah sekitar jam 10.00 pagi hari ni, kelihatan orang begitu ramai bersesak-sesak untuk beli tiket, lalu terpaksalah JR mengikut satu Q yang amat-amat-amat panjang untuk membeli tiket. Malangnya selepas satu setengah jam beratur untuk beli tiket, pergerakan ke depan seperti sangat perlahan. Bayangkan, berdiri satu setengah jam hanya dapat bergerak 3 meter ke depan kerana Q begitu panjang. Kesian melihat mereka yang datang dari jauh, sejauh Johor Baru, Melaka, KL dan Ipoh, menunggu sudah 5 jam tapi belum dapat tiket feri....


Akhirnya kerana fed-up, JR dan isteri mengambil keputusan untuk pulang ke rumah saja. Nasiblah kami cuma tinggal di Alor Setar yang jarak perjalanannya cuma setengah jam dari Kuala Kedah. Kami juga tidak rugi apa-apa kerana kami tak menempah hotel, kami tinggal di rumah sendiri dan di sana juga ada kenderaan rakan yang sedia untuk digunakan. Bagi mereka yang tinggal di Johor, Melaka, KL, Ipoh dan lain-lain, mereka masih kekal dalam Q untuk membeli tiket kerana hotel dan kereta di Langkawi sudah ditempah. Kesiannnnn.....

Tapi kami akan pergi ke Langkawi juga dalam next trip, mungkin minggu depan ketika musim cuti perayaan sudah habis. Tapi yang tak best nya, jika pergi kali ni terpaksalah ambil cuti untuk ke sana....

~ JR


No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....