Korang dah pergi kursus kat PLKN? Ruginya jika korang merupakan bekas pelatih PLKN sesi-sesi sebelum ni. Ruginya juga jika korang tak pernah berpeluang berkursus kat PLKN. JR kata korang rugi kerana korang tak berpeluang belajar subjek pendididkan sex di PLKN. Ini kerana mulai hari ni Pendidikan Seks secara rasmi menjadi subjek untuk pelatih PLKN. Jadi bagi korang yang pernah menjadi pelatih PLKN ketika pendidikan sex belum diajar dalam kem PLKN, korang rugi besar....
Perasmian pendidikan sex sebagai subjek dalam PLKN telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Kem PLKN Sri Perkasa di Seremban pagi tadi.
Ketika berucap, menteri itu berkata subjek sex diharap dapat membimbing seramai 100,000 remaja pada setiap tahun "kemahiran menjalinkan hubungan positif" antara gender dan kemahiran membina keluarga. Beliau berkata kementeriannya akan melatih seramai 1,500 fasilitator untuk mengajar subjek itu di kem-kem PLKN di seluruh negara tidak lama lagi.
Tentu seronok agaknya belajar sex secara profesional begitu. Cuma diharap fasilitator yang mengajar tidak mempraktikkan ilmu sex yang ada padanya kepada anak-anak dara orang atau anak teruna orang seperti yang pernah terjadi dalam beberapa kes sebelum ini.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....