Entry JR kali ni khas untuk lelaki. Tapi jika pompuan nak baca pun tak pa kerana mungkin ada informasi yang boleh dikongsi dengan teman lelaki, tunang atau suami mereka.
Korang suka tunggang basikal? JR suka tunggang basikal, kat rumah bukan saja ada mountain bike dan basikal kuno dari Taiwan tapi juga basikal tua Raleigh model pra-merdeka.
Korang yang lelaki dan kerap berbasikal dalam tempoh yang panjang pasti pernah merasai sering rasa kebas pada bahagian bawah tubuh mereka, di sekitar tempat strategik tu...betul tak? Lalu di sini timbul persoalan sama ada duduk lama di atas pelana basikal tu membawa kesan jangka panjang terhadap kesihatan seksual lelaki?
Satu kajian pada tahun 2009 terhadap triatlet dari Universiti Cordoba di Sepanyol mendapati bahawa mereka yang paling banyak berbasikal mempunyai kualiti sperma yang paling rendah. Mereka yang menunggang lebih daripada 300 km setiap minggu mempunyai kurang daripada 4 peratus sperma normal, satu tahap yang dikaitkan dengan masalah kesuburan atau lebih tepat mandul. Jadi bagi korang yang belum kahwin, berhati-hati jika menunggang basikal, takut nanti bila kawin bini lari lepas tau korang mandul!!
Satu kajian terbaru terhadap lebih daripada 2,000 orang lelaki yang menghadiri klinik-klinik kesuburan di dalam kawasan Boston pula mendapati lelaki yang berbasikal lima jam atau lebih setiap minggu berisiko dua kali ganda menjadi mandul akibat sekatan saluran darah di sekitar daerah produktif lelaki.
Banyak kajian telah turut mengaitkan berbasikal dengan kadar mati pucuk dan disfungsi erektil yang lebih tinggi, disebabkan oleh tekanan tinggi pada saraf-saraf dan salur darah. Kebimbangan mengenai pelana tradisional menyekat aliran darah ke alat kelamin lelaki telah menyebabkan kini banyak pelana-pelana alternatif dihasilkan. Satu kajian pada tahun 2008 ke atas pegawai-pegawai polis yang menunggang basikal mendapati bahawa menukar pelana tanpa muncung yang panjang terkeluar memberi kurang tekanan pada kelangkang, meningkatkan aliran darah ke zakar, dan merendahkan risiko disfungsi erektil (mati pucuk).
Apa pun pada pandangan JR kesan negatif menunggang basikal ini hanya untuk mereka yang berbasikal dalam tempoh masa yang panjang saja. Bagi mereka yang berbasikal hanya untuk beriadah dalam tempoh tak sampai 100 km seminggu rasanya ia tak akan menimbulkan apa-apa kesan negatif...
kalau naik motor cmne?
ReplyDelete@IR: Naik motor tak melibatkan gerakan kayuhan yg boleh menjejaskan aliran darah ke saraf di bahagian "strategik" tu...Selamat...
ReplyDelete@IR: Naik motor tak melibatkan gerakan kayuhan yg boleh menjejaskan aliran darah ke saraf di bahagian "strategik" tu...Selamat...
ReplyDeleteBlog yg lain cakap kalau lagi banyak berbasikal lagi bagus... Kompius la cengini...
ReplyDelete