»

02 February 2011

Korang Tau Sapa Presiden Paling Miskin Di Dunia...Ini Dia...


Malukah korang jika dunia mengenali Perdana Menteri korang sebagai Perdana Menteri paling miskin di dunia? Malukah korang? Malukah? Malukah korang jika dunia tidak mengenali isteri Perdana Menteri korang kerana dia tidak suka menonjol diri, tidak suka berpakaian ranggi dengan hiasan memenuhi badan dan tidak pernah mengikut suami keluar negara sambil makan angin dan shopping sakan? Malukah korang jika Perdana Menteri korang dan isteri Perdana Menteri korang begitu?

Jika ada orang tanya JR; malukah hang kalau Perdana Menteri hang digelar Perdana Menteri termiskin dunia, JR akan jawab: aku tak kan pernah rasa malu.  Malah JR akan bangga jika kita punya pemimpin berjiwa rakyat yang hanya berpakaian sederhana, tinggal di rumah sederhana, hanya memiliki sebuah kereta tua model lama. Tapi yang penting pemimpin itu kena bijak mengurus negara, tidak rasuah, tidak membiarkan menteri-menterinya rasuah dan mesti seorang yang berani, kalau boleh biar Amerika, Britain dan Israel yang sombong dan angkuh itu pun takut padanya!! Tentu JR bangga jika Perdana menteri JR bukan jenis seperti Hosni Mubarak Presiden Mesir yang hampir tumbang kerana hidup secara mewah, sedang rakyat papa kedana...

OK, tadi JR cakap mengenai Perdana Menteri paling miskin...tau kah korang, sapa gerangan Perdana Menteri paling muskin di dunia? Perdana Menteri paling miskin....ooops, sebenarnya Presiden paling miskin di dunia ialah:



Presiden Iran: Mahmoud Ahmadinejad.....

Ahmadinejad dikenali sebagai Presiden paling miskin di dunia, ketua negara paling sederhana di dunia kerana:

1. Dia tinggal di rumah lama berusia 40 tahun peninggalan ayahnya. Rumah itu sangat sederhana, tanpa perabot mewah sama sekali. Jika memasuki rumahnya kita terpaksa bersila kerana tiada kerusi meja antik atau yang diimport dari laur negeri di dalamnya...

2.  Dia tidak tinggal di Istana Presiden, istana Presiden hanya tempat untuk urusan rasmi Presiden seperti jamuan negara dll.

3.  Dia tidak mengambil satu sen pun gaji Presiden, sebaliknya wang gaji Presiden dipulangkan untuk simpanan Perbendaharaan negara. Alasan mengapa dia tak mau menyentuh wang gaji Presiden ialah bahwa semua kesejahteraan adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaganya.

4.  Dia menyara hidupnya dengan hasil wang pencen ketika menjadi pensyarah kejuruteraan sebuah universiti Teheran sebanyak USD 250.

5.  Dia tidak memiliki koleksi kereta-kereta mewah seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia (termasuk Malaysia), tetapi cukup dengan sebuah kereta Peugoet 504 tua model tahun 1977. ( Kalau tak salah JR, kereta itu telah dilelong baru-baru ni)

6. Ketika pertama kali menduduki Pejabat Presiden Ahmadinejad meminta  seluruh karpet Istana Presiden Iran yang sangat tinggi nilainya itu disumbangkan kepada masjid2 di Teheran.  Sebaliknya karpet Istana Presiden digantikannya dengan karpet biasa yang murah dan mudah dibersihkan.

7. Pejabat Presiden tempat Ahmadinejad bertugas sangat sederhana. Mereka yang ingin menemuinya perlu bersila dihadapannya kerana dia lebih senang menemui wartawan dan menteri-menterinya dalam keadaan bersila: 
t
Tapi jika yang datang menemuinya adalah tetamu luar negara yang tidak biasa duduk bersila, mereka akan dijemput duduk di sebuah kerusi sederhana di pejabat Presiden.

8. Presiden berjiwa rakyat ini setiap hari datang ke pejabat dengan membawa bekalan makanan sendiri yang disediakan oleh isterinya yang biasanya terdiri dari roti isi atau roti keju. Dia tidak meminta disediakan makanan hebat-hebat di Istana Presiden dengan tukang-tukang masak berpengalaman seperti ketua-ketua negara lain. (Sebab tu lah agaknya badan Presiden ni sentiasa kelihatan slim....):

9. Dia meminta Pesawat Terbang Presiden yang sangat hebat itu diubah menjadi pesawat kargo untuk kegunaan kecemasan rakyatnya. Dia sebaliknya hanya menggunakan kapalterbang biasa dalam urusannya sebagai Presiden dengan hanya duduk di kelas ekonomi dan bukannya di kelas satu seperti pemimpin-pemimpin lain (termasuk menteri dan wakil-wakil rakyat kita).

10.  Jika perlu menginap di hotel, dia meminta disediakan bilik  yg tidak  besar dan Ahmadinejad sendiri tidak suka tidur di atas katil, tetapi dia  lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut:

11. Jika bersolat jemaah dia akan cuba mendapatkan bahagian yang paling hadapan, tapi jika sudah tiba lewat di masjid, dia tidak meminta tempat khas untuknya, cukuplah duduk di bahagian belakang juga:

12. Presiden ini sangat menjaga waktu solatnya bahkan ketika suara azan berkumandang, dia langsung mengerjakan solat dimanapun dia berada termasuk atas jalan kecil meskipun hanya beralaskan karpet biasa:

13. Baru-baru ini anak Presiden itu berkahwin. Cuba korang bayangkan jika yang berkahwin tu ialah anak menteri-menteri kita, malah anak wakil-wakil rakyat kita, ia pasti diadakan dalam satu majlis besar penuh kemewahan, kan? 

Tapi Ahmadinejad melangsungkan perkahwinan putranya dengan sangat sederhana, tiada makanan memenuhi meja, tiada musik romantik mengiringi majlis, yang ada cuma:

Lihat ajer  makanannya....cuma ada pisang, limau dan epal....

Tetamu perlu bersila....

Tapi suatu hal yang JR sangat kagumi Presiden Iran ini ialah dia sangat berani, berani mengkritik Amerika, berani berhadapan dengan Israel, malah mengancam untuk menghancurkan musuh nombor satu Islam itu. Ia berbeza dengan pemimpin-pemimpin dunia lain yang hanya berani bercakap di dalam negara, hanya berani mengkritik musuh-musuh politik dalam negaranya, tapi dengan Amerika dan Israel kecut-sekecutnya.....


~ JR

4 comments:

  1. mmg patut dia buat macam tu. rakyat miskin dia kna la rasa jugak. tp kita tak tau pulak kehidupan ank dia macamana. cam nik aziz tu. konon tinggal di rumah buruk tapi anak beranak kaya raya

    ReplyDelete
  2. betul laa! konon tinggal d rumah buruk, anak beranak kaya-raya.. mana ada menteri lain yg mcm tu.. menteri2 lain rumah2 tahap istana, rumah anak2 tahap mahligai

    ReplyDelete
  3. dah lama tahu JR...tapi memang lebih bagus jika hebahkan mengenai perkara ini di merata-rata.. kasi mat-mat atasan tu sedar diri sikit... tak guna..

    ReplyDelete
  4. Memang dia ni mencontohi cara Rasullah SAW kita sebagai pemimpin. Saya sangat2 salute dia dlm hal ini dan keberanian dia sound siapa saja yang patut. Tapi yang sayangnya, sangat2 sayang, Iran ni berfahaman syiah. Tu je..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....