»

02 February 2011

Cizzzzz...Ketegaq nya Hang!!!!!

Cizzzzz...ketegaqnya hang!!! Korang paham ke dengan tajuk entry JR ni: "Cizzzzz...Ketegaqnya Hang!!!!!". Bagi meereka yang tak mahir dengan dialek utara,  maksudnya ialah: cissss...degilnya kau!!!

Sapa yang degil ni? Yang degil sangat ni ialah orang ni:


Namanya Hosni Mubarak, Presiden Mesir yang sudah memerintah Mesir selama 30 tahun..lebih lama dari masa pemerintahan Dr Mahathir yang cuma memerintah selama 22 tahun.

Hosni Mubarak...dia bagai maharaja zaman silam yang kaya raya dengan aset bernilai RM110 bilion. Hartanya itu boleh digunakan oleh orang kebanyakan Mesir untuk hidup mewah selama lebih sejuta tahun!!!

Dan kini berjuta-juta rakyat Mesir bangun untuk menggulingkannya. Mereka sudah meluat dengan presiden yang hidup kaya raya tapi rakyat dibiar papa kedana:

 


Tapi Presiden telinga pekak ni belum mahu turun dari takhtanya. Dalam kenyataan terbarunya pagi tadi dia berkata cuma akan turun takhta beberapa bulan lagi selepas tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden. Degilnya dia...orang dah tak mau dia lagi tapi dia masih tak sedar diri, masih tamak kuasa untuk memerintah  beberapa bulan lagi, masih tamak harta untuk mengambil peluang mengikis harta rakyat untuk beberapa bulan lagi. 

Cizzzzzz...ketegaq nya hang!!!!!

~ JR

1 comment:

  1. ish..tak tahu lah na cakap cmner kalau da degil2 ni..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....