»

15 February 2011

Boleh Ke Lari Dari Bertembung Dengan Malaikat Maut??




 Bolehkah kita lari dari buruan malaikat maut? Tau kah korang malaikat maut sangat dekat dengan kita kerana dalam tempoh 24 jam Izrael merenung wajah seseorang sebanyak 70 kali? Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya mereka tidak akan lalai mengingati mati.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Jika korang berfikir korang boleh lari dari buruan malaikat maut bernama Izrael itu, cuba baca kisah yang berlaku semasa zaman Nabi Sulaiman a.s. Kisahnya begini:

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman bin Daud a.s mengadakan sebuah majlis keramaian dan menjemput semua rakyat baginda  untuk menghadiri majlis itu. Ketika majlis itu sedang berlangsung, terdapat seorang pemuda yang sedang mengambil makanan.
Tiba-tiba pemuda itu terperasan yang seseorang yang tidak dikenali sedang merenungnya dengan pandangan yang begitu tajam sekali. Pemuda itu menjadi begitu risau  dan hilang selera makannya. Ketika hendak pulang ke rumah, pemuda tersebut disapa oleh tuan rumah; iaitu Nabi Sulaiman a.s. Lalu dia pun menceritakan kisahnya bertemu dengan seseorang yang memandang tajam terhadapnya. 

Lalu Nabi Sulaiman dengan tenang mengatakan bahawa "orang itu" adalah malaikat Izrail. Pemuda berkenaan dapat merasakan bahawa Malaikat Maut telah datang untuk mencabut nyawanya. Lalu dia meminta Nabi Sulaiman agar menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh lagi tidak berpenghuni yang tak diketahui oleh seorang pun, dengan harapan Malaikat Maut tidak dapat mencarinya. Maka Nabi Sulaiman dengan kemampuannya telah mengarahkan angin untuk menghantar pemuda tersebut ke pulau yang diminta.

Apabila sampai di pulau tersebut, pemuda itu begitu gembira kerana telah berjaya lari daripada maut. Tetapi, ketika dia menoleh ke belakang, dia terkejut besar apabila mendapati Malaikat Maut telah tercegat di belakangnya! Dengan perasaan berputus asa, dia bertanya kepada Malaikat Izrail mengapakah dia merenungnya tajam ketika dalam majlis Nabi Sulaiman sebentar tadi?

Maka Malaikat Izrail menjawab, sebelum dia berjumpa dengan pemuda itu di dalam majlis tersebut, Malaikat Izrail telah mendapat perintah daripada Allah untuk mencabut nyawa pemuda itu di sebuah pulau yang jauh dan tidak berpenghuni, iaitu di pulau yang sedang mereka berdiri ketika itu. Apabila dia bertemu dengannya dalam majlis di istana Nabi Sulaiman tersebut, Malaikat Izrail menjadi begitu hairan kerana pemuda itu  berada di majlis tersebut sedangkan dia ( Izrail ) dititahkan untuk mencabut nyawanya di sebuah tempat yang begitu jauh daripada tempat majlis itu berlangsung dalam masa beberapa minit saja lagi.  Ketika itu malaikat Izrail tertanya-tanya bagaimana mungkin pemuda itu dapat pergi ke tempat yang begitu jauh dalam masa yang cukup singkat?

Namun, apabila Malaikat Izrail  sampai di pulau di mana dia perlu mencabut nyawa pemuda itu, didapati pemuda tersebut telah berada di pulau itu....nasib baik!! Kini mudahlah kerjanya, pemuda itu menyerah diri di hadapannya. 

Ketika itu barulah pemuda berkenaan sedar bahawa bila Allah menetapkan sesuatu manusia tak berupaya melarikan diri lagi...Dan maut itu akan merenggut kita di mana jua kita berada, tak boleh lari punya!!!

2 comments:

  1. slm..

    lama tak singgh sni.info mnrik ni bro jr, moga kita menjdi insaf..amin,

    slm maulidur rasul

    ReplyDelete
  2. @Woofer Storm: ada masa singgah le lagi...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....