»

14 February 2011

Apa La Yahudi Bilionaire Nie, Tak Reti Nak Berlagak Langsung!!!



Korang kenal tak orang putih yang sedang duduk bersila gambar di atas tu? Tak kenal? Tak kan tak pernah dengar nama Mark Zuckerberg kot? Alah, Mark Zuckerberg si-Yahudi yang menjadi pengasas Facebook tu lah, sapa lagi! Dia lah gambar di atas yang sebelah kiri tu, sedang pekena makanan yang serupa nasi ayam  di pinggir sebatang jalan di Palo Alto, California.

Yang menarik perhatian JR mengenai Yahudi berusia 26 tahun yang mempunyai harta bernilai $16 bilion Amerika tu ialah kehidupannya yang sangat sederhana. Tengoklah dia makan selamba bersila di tepi jalan saja. Yang dimakannya itu sebenarnya bukan nasi ayam, tapi makanan Mexico yang dibelinya di sebuah gerai tepi jalan. Dia tak serupa orang kaya Melayu yang walau harta belum sampai RM 1 juta, tapi hari-hari makan di hotel, nak jaga standard kononnya. Makanan di gerai tepi jalan macam bilionaire Yahudi ni makan jauh sekali, jauh panggang dari api, maklumlah takut jatuh standard yang tak lah se standard mana tu..

Mark Zuckerberg bilionaire Yahudi ni tengoklah pakaiannya macam JR saja..simple..cukup pakai t-shirt dan jeans lusuh Levis bersama kasut sukan. Tak serupa langsung dengan orang kaya Melayu yang bila kaya sikit sentiasa ber tie dan berkot di tengah udara Khatul istiwa yang membahang panasnya ni..

Seorang pejalan kaki memberitahu agensi berita bahwa pengasas Facebook tu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan pun ketika berjalan-jalan di Palo Alto. Berbeza sangat dengan orang-orang kita yang harta baru nak mencecah setengah juta dah memasang pengawal peribadi, nak tunjuk style kononnya!!

“Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga US $4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” kata pejalan kaki itu kepada Agensi.

Korang tau bilionaire termuda dunia tu tinggal di villa mana? Dia tinggal di villa mewah seperti bekas presiden Mesir yang menjadi kebanggaan umat Islam tu kah? Atau tinggal di banglo mewah tersergam indah dengan 10 bilik seperti tempat tinggal menteri-menteri, wakil rakyat dan VVIP negara kita? Tidak, si-Yahudi keparat yang sangat kaya ni cuma tinggal di sebuah rumah sederhana tiga bilik bukan villa atau banglo mewah seperti orang-orang kaya kita!! 

Walaupun dia antara orang terkaya di dunia, dia cuma memandu kereta Honda berusia lima tahun, tidak seperti orang-orang kaya terhormat kita yang seleranya paling lekeh pun ialah kereta Mercedes dan BMW, jika tidak pun Ferrari, Porche, Lamborghini atau Roll Royce..Lihatlah Melayu terkaya di dunia, Sultan Brunie, berapa jumlah keretanya? Sultan Brunei, Sultan Hasanol Bolkiah dikatakan mempunyai 6,000 koleksi kereta mewah, maklumlah baginda nie pun orang Melayu juga...Kereta Honda biasa macam si-Yahudi Mark ni tak main lah!!!





















Sebahagian dari 6,000 kereta mewah Sultan Brunei..

 
Tak guna punya Yahudi, kaya saja tapi tak pandai berlagak macam sebahagian orang-orang kaya Malaysia. Zuckerberg ni patut diajak datang melawat Malaysia untuk belajar dengan orang-orang kaya kita cara-cara untuk berlagak menjadi orang kaya!!!

2 comments:

  1. emm saye x tau nak puji atau nak cakap ape ni. kalau die bole menunjukkan sifat rendah diri, mengapa kite yang langsung x kaya harta berbanding die ni x bole nak merendah diri macam die jugak..

    ReplyDelete
  2. @Freaky: Perangai Yahudi memang suka merendah diri kot, sebab tu mrk jd bangsa yg berjaya & kuat, tak spt Melayu yg lagak saja lebih....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....