»

27 January 2011

Ramai Pompuan Sekarang Gila Sex?

Ketika berada di hospital tadi sementara menunggu angka giliran dipanggil, JR membelek-belek akhbar yang dibawa bersama untuk mengurangkan keboringan. Tiba-tiba di muka 46 dan 47 kosmo, mata JR tertarik kepada 2 tajiuk utama akhbar tu. Kebetulan kedua-dua tajuk itu ada kaitan dengan wanita:


Berita 1: "Guru Wanita Ditangkap Lakukan Seks Dengan Pelajar"

Berita ini berlaku di Loveland, Amerika Syarikat. Seorang guru wanita bernama Courtney Bowles, 31 tahun ditangkap pada minggu lepas kerana merogol seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di sebuah taman. Mereka melakukan kerja itu di dalam sebuah kereta milik Bowles. Sebagai hukuman, Bowles diarahkan mahkamah untuk tidak  menghampiri sesiapa saja yang berusia 18 tahun ke bawah termasuk dua orang anaknya. 


Berita 2: "Suami Dapatkan Perlindungan Polis Kerana Isteri Kuat Seks"

Berita ini berlaku di Berlin, Jerman. Seorang suami terpaksa meminta perlindungan polis kerana tidak tahan dengan isterinya yang selalu meminta mengadakan hubungan sex. Kerana selalu kerap diganggu isterinya si-suami mengadu setiap hari dia tidak dapat pergi bekerja dengan cergas kerana tenaganya banyak habis melayan isterinya. Kerana tidak tahan diganggu si-suami lari tidur di ruang tamu rumah mereka selama 4 tahun, tapi isteri masih mengganggunya.Dan kini si-suami terpaksa melaporkan hal itu kepada polis bagi menghalang isterinya dari terus mengganggunya.

Bila membaca berita-berita itu, seolah-olah menggambarkan memang ramai wanita yang gila sex di dunia ini, hingga  ada guru wanita yang rogol murid lelaki dan ada pula isteri yang "merogol" suaminya. 


Tapi bagi JR berita-berita itu adalah berita-berita terpencil, berita-berita yang sebenarnya jarang-jarang berlaku di dunia ini.  Sebab itu ia dilaporkan dalam akhbar kerana akhbar memang cepat tertarik kepada berita-berita pelik yang jarang berlaku.

Harap-harap perkara-perkara pelik seperti ini tak berlaku di Malaysia. 
Dan harap-harap pelakuan seperti foto di bawah ni juga tak akan berlaku di Malaysia lagi (walau telah berlaku):



3 comments:

  1. x boleh blah betol cerita macam ni...
    pembetulan, bukan harap x berlaku di Malaysia, tapi harap x berlaku pd UMAT ISLAM.

    seks adalah keperluan manusia. jadi, Allah dah atur dah mcm mana nak memuaskan kehendak seks tu

    jom baca sini pulak:
    Perempuan Seksi, Lelaki Terseksa!

    ReplyDelete
  2. bro jr....insyallah saya komen ...pasal histeria
    pompuan gilla sex dan sebagainya.....raw manager

    ReplyDelete
  3. @SoutulMujahid: Ya, harap tak berlaku di Malaysia, khususnya umat Islam....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....