»

27 January 2011

Apabila Tuhan Sedang Berbicara Denganku


Malam tadi semalamam JR tak sentuh laptop langsung. Begitulah bila virus demam menyerang badan, keseluruhan sistem akan jadi lemah longlai. Apa lagi yang dapat dibuat malam tadi, kecuali menarik selimut dan tidur. Tidur pun bukannya selesa sangat, tak nyenyak langsung dalam keadaan badan yang tak sihat itu.

Petang semalam JR dipaksa isteri ke hospital untuk pemeriksaan selepas mendapati JR bukan saja demam, tapi pernafasan JR pun dah jadi tersangkut-sangkut. Bila jumpa doktor petang semalam, JR diberitahu ada jangkitan di paru-paru menyebabkan pengeluaran kahak yang banyak sehingga sukar untuk JR bernafas dengan selesa.

Bagi memecahkan kahak dan membuka semula saluran nafas, corong inhaler yang berisi gas ditekapkan ke mulut dan hidung JR:



Selepas 20 minit melalui proses kemasukan gas itu,  pernafasan JR rasa selesa semula, syukur alhamdulillah..Cuma demam yang masih belum hilang lagi.

Tapi bila bangun tidur pagi tadi rasa badan kembali tak sihat. Demam sudah hilang, tapi pernafasan sangat tak selesa. Lalu ke hospital lagi seperti yang diarahkan doktor. Sekali lagi inhaler ditekapkan ke dalam mulut dan hidung JR selama 20 minit untuk proses kemasukan gas bagi memecahkan kahak yang masih berkumpul di kerongkong.

Dalam keadaan tak berapa sihat ni, JR tiba-tiba teringat kata-kata seorang sufi: "Apabila kamu sedang ditimpa bencana, musibah atau sakit, itu bermakna Tuhan sedang berbicara dengan kamu". Apa yang dimaksudkan dengan  "Tuhan sedang berbicara dengan kamu" bukannya bererti ada suara Tuhan yang berbicara secara langsung dengan kita, tapi bermakna Dia menimpakan kecelakaan itu sebagai satu cara untuk kita manusia mengingatiNya.




Tuhanku, aku tau Kau sedang berbicara denganku. Aku memang makhluk yang berdosa, ampunilah semua dosa-dosa ya Tuhan dan bimbinglah aku selalu supaya tidak tergelincir dari jalan yang telah Kau tetapkan, aminnnn..


No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....