Hari ni hari Selasa. Lepas taipan terakhirku ini, aku nak umumkan AKU sudah tak ada lagi!!
Aku tak ada, aku nak pergi mana? Aku tak mau berblogging lagi? Aku sudah merajuk kerana tulis penat-penat orang tak baca apa aku tulis?
Tidak, orang tak mau baca blog aku pun tak apalah. Memang apa yang aku tulis bukan hebat sangat pun, ia cuma syok-syok sendiri ajer. So, aku tak kecil hati jika korang tak sudi baca apa yang aku tulis...
Sebenarnya gini: mulai hari ni aku tak mau gunakan ganti nama aku dalam penulisan di blog ni lagi. Nak buat anjakan paradigma sikit...
Mulai hari ni, gantinama aku akan ditukar kepada JR
Jika korang tanya mengapa nak gantikan gantinama aku kepada JR ? Jawapannya tak ada apa-apa, cuma gerak hati ini mau menukarnya...itu saja..
wah, anajakan baru pada tarikh yang cun
ReplyDelete11.1.11
hehe
anjakan yang elok :)
ReplyDeletetranformasi.
ReplyDeleteTukar ganti nama tak per, asal jangan tukar nama mak bapa beri, tukar jantina atau tukar bini....
ReplyDelete