»

10 January 2011

PATUT KE ANJING NI DILETUPKAN DENGAN BAHAN PELEDAK C4??


Tadi aku terbaca  berita dalam Kosmo mengenai anjing baka Mongol yang mengganas di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Dua ekor anjing Mongol yang dipelihara oleh seorang peladang telah menyerang Sullivan Maurice, 50, yang berasal dari Water Port Parie, Ireland menyebabkan Mat Salih itu mati di tempat kejadian. Mat Salih itu meninggal selepas mengalami cedera parah di seluruh anggota badan termasuk putus kedua-dua belah telinga manakala dagunya juga hampir terputus digigit anjing jantan dan betina daripada baka Mongol.

Anjing Mongol: kecil tapi sangat ganas!!

Entahlah, bila menyebut Mongol. aku teringat fakta sejarah yang dipelajari dulu, kisah kepahlawanan  perwira Mongol - Gengiz Khan dan Kublai Khan. Mengikut sejarah, orang Mongol cukup ganas, menyerang tanpa belas kasihan. Sebab itu agaknya akhirnya bangsa Mongol dapat menakluki hampir separuh Asia Tengah dan Eropah. Rupanya bukan pendekar Mongol bernama Gengiz Khan dan Kublai Khan saja yang ganas, anjing Mongol juga ganas...

Dan bila bercakap tentang Mongol, aku juga teringat satu lagi kes membabitkan Mongol: Altantuya Saaribu. Altantuya seorang model jelita daripada Mongolia yang dikatakan merupakan kekasih kepada seorang VIP Malaysia ditemui mati secara sangat tragik di negara ini. Dia diletupkan dengan menggunakan bahan peledak C4 yang biasanya hanya digunakan untuk meruntuhkan bangunan. Tak tau lah sama ada wanita jelita ini ganas seperti anjing Mongol atau tidak yang menyebabakan dia sangat dibenci oleh seseorang, hingga akhirnya dia diletupkan dengan bom peledak C4. Bom peledak ini sangat kuat kuasanya, kerana fungsi sebenarnya adalah untuk meletupkan bangunan dan bukannya meletupkan raksaksa, apa lagi manusia. Tapi Altantuya telah diletupkan, walaupun dia adalah manusia dan bukannya bangunan, raksaksa atau jin.

Dalam kes kematian tragik Maurice di Teluk Bahang, dua daripada empat ekor anjing itu dikatakan terlepas dari kurungan di ladang durian yang dikunjungi Maurice bersama teman wanitanya, Agnieska Jablonska 28 tahun.  Anjing-anjing Mongolia itu menyerang Maurice yang ketika itu leka merakam gambar pokok-pokok durian di ladang itu. Kejadian Maurice diserang dua ekor anjing selama kira-kira 10 minit itu disaksikan oleh teman wanitanya, Agnieszka yang berasal dari Poland yang juga leka merakamkan gambar pokok-pokok durian dan itik yang juga diternak di ladang itu.

Seperti kata pemilik anjing itu, dia akan menyerahkan dua ekor anjing pembunuh itu kepada Jabatan Haiwan untuk tindakan selanjutnya termasuk kemungkinan dihapuskan.

Jika anjing itu perlu dihapuskan, pada pandangan korang bagaimanana cara terbaik melakukannya? Adakah anjing ganas itu patut ditembak, digantung, diberi makan racun, diberi suntikan maut atau.........? 

Bila teringat Altantuya dari Mongolia, kadang-kadang teringat patutkah anjing Mongol itu dihapuskan dengan meletupkannya dengan bahan peledak C4??

~ JR

2 comments:

  1. kesian kat anjing2 tu. ehem usha hantu lg

    ReplyDelete
  2. agak2 la kalo dorng buat mcm tu,kan leh guna suntikan je tuk anjing2 yang buas.ermmm mat pagi JR

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....