»

01 January 2011

JEJAKA TERHEBAT 2010: DIA BUKAN SAFEE SALI ATAU FAHMI, TAPI JEJAKA NI.....


Tirai 2010 telah berlalu semalam. Hari ini bermulalah apa yang orang panggil tahun baru 2011.

Bila tiba 2011, lalu ramai pula yang menilai pencapaian 2010. Bermacam anugerah ada di Malaysia: artis paling popular, pelakon paling popular, filem terbaik dotdotdot. Di organisasi kerajaan dan swasta pula ada anugerah untuk mereka yang paling cemerlang.

Dan hari ini aku pula nak memilih "JEJAKA MALAYA PALING HEBAT 2010". Siapa agaknya yang layak memegang anugerah  sehebat tu?
Jika ada orang tanya korang, sapa jejaka terhebat Malaya 2010, jika ada anugerah untuk itu, sapa yang korang nak undi?
Memandangkan demam kemenangan Piala Suzuki masih belum kebah, tentu ramai yang nak berikan anugerah itu untuk jejaka ini:
atau jejaka ini:
Atau jejaka hitam-hitam si-tompok  manggis ni, sebab tanpanya nama Safee Sali dan Khairul Fahmi tak kan meletup sedemikian rupa hari ni:
............................

Tapi kalau korang tanya aku, aku akan berikan anugerah tu pada jejaka ni:
Korang kenal jejaka di atas tu? Jejaka tu namanya Ahmad Md. Isa  atau Tok Mat, usia 110 tahun. Alamak...110 tahun tapi masih gagah!!! 
Mengapa aku kata Tok Mat hebat dan patut dianugerah jejaka terhebat Malaya 2010? Ini kerana usia 110 tahun, tapi masih ada dara idaman yang berkenan dengannya dan lantas ingin melamar Tok Mat. Korang jika umur 110 tahun larat lagi ke macam Tok Mat ni, korang jika 110 tahun ada ke orang macam Fasha Sandha nak melamar? Sekarang ni ramai orang usia 30-40, malah ada yang baru 20an dah dapat penyakit kencing manis...kemudian usia 45 tahun kena potong kaki kerana diabetes. Kalau korang selalu amalkan makan roti canai atau nasi lemak campur teh tarik, aku yakin belum pun usia 50 tahun mungkin korang sudah bermalam dalam lubang ukuran 1x2 meter berbumbungkan batu nisan!
Tapi Tok Mat ni usia 110 tahun masih hebat....masih ada dara pujaan yang terpikat dan ingin meminangnya.

Nama dara itu ialah Sanah Ahmad. Umurnya...baru 82 tahun, muda 28 tahun dari Tok Mat. Ini gambar dara itu (eh..bukan dara, nek dara..), bersama anak lelakinya  masih lawa, kan?

Kepada jejaka kacak pembaca blog ni, aku nak tanya sekali lagi: Kalau usia korang dah 110 tahun masih ada ke orang nak lagi? Tentu ramai yang berkata "TAKKK!!". Mengapa TAKKK? Sebab jangan kan 110 tahun, usia belum 70 tahun pun sudah ramai yang meninggal kerana diabetes, sakit jantung, darah tinggi dan pelbagai penyakit moden zaman kini...
Nak tau berita selanjutnya mengenai kisah cinta Tok Mat dan Nek Sanah baca Kosmo di sini.

~ JR

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....