»

09 January 2011

BAGAIMANA DAPAT KU SEMBUNYIKAN AIR MATA INI??

Hari ini aku bangun pagi dalam dua wajah. Wajah pertama wajah ceria, kerana kakiku yang semalam begitu sakit telah semakin pulih. Wajah kedua wajah duka, mengenangkan ibu dan adikku yang kini sedang menderita sakit di Pulau Pinang.





Semalam seharian aku menjadi si-tempang kerana kecederaan tulang yang dialami lebih 10 tahun lalu berulang kembali menghantui dan menggigit-gigit daging dan saraf kaki. Sakit dan sakit....hingga aku terpaksa bergerak dalam terhincut-hincut!!

Tapi dalam terhincut-hincut itu sempat juga ku memecut kereta100 km pergi dan 100 km balik dari Alor Setar ke Pulau Pinang untuk menziarahi ibu dan adik yang terlantar di dua hospital yang berbeza.

Hari ini kesakitan di kaki sudah berkurangan selepas menelan 3 kali paint killer sejak pagi hingga malam. Hari ini tak perlu lagi ku capai paint killer, tapi seperti nasihat doktor jangan lasak bergerak, nanti keretakan tulang berulang kembali. 

Hari ini suka dan duka berganti bermain dalam emosi. Aku mahu tersenyum melihat sinar hangat matari Ahad, tapi bagaimana dapat ku sembunyikan air mata bila terkenang wajah suram menahan sakit ibu dan adik di kampung?

Bagaimana dapat ku sembunyikan air mata ini?

~ JR 

4 comments:

  1. sabar...
    inilah hidup..
    sgt indah...
    kalo manis selalu, bahaya jugak kn..
    pahit manis suka duka kehidupan mendewasakan kita..=)

    ReplyDelete
  2. Jgn lah sedih2 ni. aku takley tengok la

    Cuba ini pula :
    Tiada lagi Facebook selepas Mac 2011

    ReplyDelete
  3. byk2 bersabar ye Bro JR.. hu3...

    ReplyDelete
  4. Khayla, De Mois & Budak Botak: Terima kasih...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....