Dalam dunia ini banyak aktiviti-aktiviti dalam kategori seronok dan nikmat. Kadang-kadang aktiviti-aktiviti ini berkembang menjadi habit dan hobi. Jika sudah sampai peringkat habit dan hobi, sesetengah aktiviti tu kelihatan menjijikkan pula. Salah satu aktiviti yang bagi pelakunya merasainya sebagai nikmat yang tak terkata, tapi bagi orang yang melihatnya nampak menjijikkan ialah aktiviti mengorek tahi hidung.
Korang juga mungkin pernah melakukannya, sama ada ketika hidung gatal atau memang saja-saja suka melakukannya. Tapi korang mungkin melakukannya secara sembunyi-sembunyi dalam bilik, jadi tak ada orang yang menyaksikannya. Jangan malu korek tahi hidung, asalkan bertempat, lagi pun ia bukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
Cuma yang kurang enak ialah bila lihat ada yang melakukan aktiviti korek tahi hidung terang-terangan - dalam pejabat, dalam sekolah, dalam dewan kuliah, dalam kereta, dalam bas, dalam perpustakaan dotdotdot. Aku pernah suatu hari tu melihat di persimpangan lampu isyarat, seorang gadis di dalam sebuah kereta memasukkan jejari halusnya ke dalam hidung sambil mengeluarkan tahi hidung masinnya dengan wajah penuh nikmat. Asyiknya...dengan mata kuyu separuh pejam si-gadis menikmati korekan lombong emasnya tanpa menyedari ada mata terpegun memerhatikannya!! Asyik...asyik...asyik...
Mengorek hidung memang sesuatu yang baik bagi mengeluarkan ketulan-ketulan yang tidak diperlukan dari menghuni organ yang sangat penting bagi pernafasan manusia itu. Walaupun membuang kotoran berperisa masin dalam hidung itu baik untuk kesihatan, tapi tahukah korang, jika tak kena caranya ia bertukar menjadi tragedi? Tahukah korang apabila mengorek hidung, korang mungkin:
1. Mudah Terkena flu
Virus flu boleh melewati selaput lendir yang salah satunya terdapat di dalam hidung. Memasukkan jari-jari yang dijangkiti virus ini ke dalam hidung boleh menyebabkan seseorang terkena flu dalam tempoh yang cepat. Dengan mengambil masa beberapa hari saja lepas itu, seseorang berisiko mengalami flu, tenggorok gatal dan bersin yang berpanjangan.
2.Resdung
Jika terlalu kerap mengorek hidung dengan kasar boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan di hidung yang berfungsi melindungi tubuh dari bakteria dan benda-benda asing di udara, sehingga boleh memungkinkan terjadinya resdung.
3. Infeksi
Selain infeksi virus flu, terlalu kerap mengorek hidung boleh menyebabkan kuman dan bakteria lebih mudah masuk ke hidung dan tesebar ke bahagian tubuh lain dengan cepat.
4. Merosakkan bulu hidung
Jika mengorek hidung secara konsisten dan terus menerus akan menyebabkan keguguran bulu hidung. Bulu hidung memiliki fungsi penting untuk menyaring debu dan polutan di udara. Tanpa bulu hidung akan membuka jalan seluas-luasnya bagi semua jenis penyakit dan infeksi masuk ke dalam tubuh kerana alat tapisannya (bulu hidung) kurang berrfungsi.
5. Kematian Mengejut!!
Perkara ini terjadi jika seseorang berusaha mengeluarkan tahi hidung bersaiz besar dan dia bersungguh-sungguh cuba mengupilnya keluar. Ia menjadi bahaya kerana dalam hidung ada tulang yang disebut tulang ethmoid, iaitu tulang yang menyambungkankan hidung dengan saraf otak. Jika ketika mengorek hidung seseorang itu secara tak sengaja tertusuk tulang itu, maka akibatnya sungguh dahsyat: cairan di otak boleh bocor hingga terjadinya meningitis (radang selaput otak) yang seterusnya boleh menyebabkan kematian mengejut!.
(Sumber: eHow, 7.1.11)
~ JR
Mak aih..tak sangka lak perkara simple macam 2 pun boleh bawak macam2 penyakit. Iskh3..bahaya ni..taknak korek dah. Huhu...
ReplyDeletegood tips bro..
ReplyDeleteDe Mois: Tau tak per...
ReplyDeleteScha: terima kasih..
kalau taik telinga pulak mcm mne?
ReplyDeleteHEHE