Dalam entry aku di blog ini pada 1 Januari 2011 aku anugerahkan jejaka ini JEJAKA TERHEBAT 2010. Mengapa aku katakan dia jejaka terhebat, korang boleh baca dalam entry aku pada tarikh itu seperti di sini...
Memang Tok Mat (Ahmad Md Isa) yang telah berusia 110 tahun ini bagiku sangat hebat. Mana tak hebatnya, walaupun mata sudah sedikit rabun dan pendengaran semakin berkurang tapi masih laku macam goreng pisang panas di musim hujan. Hari itu ada wanita berusia 82 tahun mahu meminangnya, tapi hari ini seorang lagi wanita menawarkan diri untuk menjadi isterinya. Wanita terbaru yang terpikat kepada Tok Mat ialah Zainab Salleh, 70 tahun dari Terengganu. Zainab berkata dia sanggup mengikut Tok Mat tinggal di Kedah, jika Tok Mat sedia menjadi suami kepadanya. Aduuuh...bukit kan ku daki, laut ku seberangi asal dapat kau Tok Mat!!
Zainab Salleh: jatuh cinta dengan Tok Mat dan sanggup mengikutnya ke Kedah..
Berita selanjutnya mengenai Zainab, baca di sini...
Wah, lakunya Tok Mat, usia 110 tahun masih panas dan laris di kalangan wanita. Wali band yang popular dengan lagu "Cari Jodoh" tentu cemburu dengan Tok Mat, kerana mereka yang masih muda-muda tapi "tak laku-laku", sedang Tok Mat yang sudah berusia 110 masih menjadi rebutan...bukan seorang wanita, tapi dua wanita!!
Tok Mat tentu teruja bila ada dua wanita yang berkenan dengannya. Tentu hatinya bersorak riang, "Amboi larisnya aku...dipinang seorang lagi mak janda.."
Tapi antara keduanya, siapa Tok Mat akan pilih? Jika susah sangat nak buat keputusan, Tok Mat boleh ambil kedua-duanya jadi suri rumah. Jika lepas ini masih ada yang berkenan dengan Tok Mat (termasuk korang yang baca blog ini), bolehlah melamar dia, sebab kalau dia berkahwin dengan dua wanita tu pun, masih tinggal dua kuota lagi yang belum dipenuhi!!!
~ JR
he3, lakunya dia. Siap 2 org lagi tawarkan diri nk jadi isteri...
ReplyDeletehot betol atuk nihh..
ReplyDeleteBudak Botak: Rasa2 nanti hang bleh ka popular mcm Tok Mat tu??
ReplyDeleteCNEN AFI: Ada cadangan nak tawar diri jadi calon nombor tiga ke??
he3, xtau la bro...
ReplyDeletehbt penangan atok ni,msti ada petua..hulur2 la ckit,hehee
ReplyDelete