Sumber BERNAMA hari ini melaporkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang gadis Lubnan berusia lingkungan 30an tahun dalam tempoh terdekat.
Salahkah Taib yang berusia 74 tahun itu mengahwini gadis 30an? Jawabnya tak salah. Salahkah Taib, seorang VVIP kahwin seorang gadis bangsa asing? Jawabnya tak salah. Salahkah Taib, seorang Ketua Menteri, ketua kerajaan negeri yang paling lama memerintah di Malaysia dan seorang yang dikatakan super milionaire kahwin sekali lagi? Jawabnya tak salah.
Dari segi hukum agama tak salah apa pun seorang lelaki tua kaum Bumiputra dan kaya kahwin seorang gadis muda jelita daripada Lubnan, jadi apa isunya?
Tapi bagi sebahagian orang, walaupun tak salah, ia sangat menarik perhatian kerana seorang tokoh politik yang sudah agak tua mengahwini gadis muda. Tapi apabila memikirkan Taib memang seorang yang berkemampuan - seorang super milionaire, apa salahnya gadis 30an bersedia mengahwininya? Lainlah jika gadis Lubnan 30an yang bermata biru dan berambut sedikit perang itu ingin mengahwini seorang nelayan tua kerepot dari Kelantan atau seorang petani 70an yang kulitnya sudah menggelembir dari Kedah, maka ia menimbulkan tanda tanya: mengapa ada gadis cantik dari Lubnan jatuh cinta dengan seorang petani dan nelayan tua lagi miskin dari Malaysia?
Oleh itu perkahwinan Taib yang berusia 70an itu dengan gadis asing yang cantik manis berusia 30an tak perlu diheboh-hebohkan. Tak ada isu pun orang kaya mengahwini gadis 30an, malah jika orang kaya kahwin dengan gadis 17 tahun pun tak akan jadi isu, kerana mereka yang kaya dan berkuasa boleh melakukan apa saja di muka bumi ini, kerana orang kaya sentiasa menarik perhatian orang muda. Bukan saja gadis Lubnan berusia 30an, pasti ramai gadis belasan tahun dari Malaysia yang rela menjadi isteri nombor 4 kepada mana-mana orang kaya hanya kerana dia orang kaya..Jika tak percaya tanyalah selebriti-selebriti tersohor Malaya...
~ JR
sudah tua masih mau kawin lagi.. hahaha... tapi klo milionaire sih gpp... aku juga mau tuh kawin lagi klo jadi trilyuner... :p
ReplyDeletenice post
biar la...da die ckup syarat...hehe
ReplyDeleteWahthree,
ReplyDeleteMengapa perlu tunggu jadi trilyuner, jd half milionaire sudah boleh kawin 4...hehehehe..
Hazwan Hakim,
Betul tu...yg tak cukup syarat pun ada yg madu 3...
tapi jujur.. hanya ingin satu kali menikah saja. hehe
ReplyDelete