»

18 December 2010

TIPS BAGI MENINGKATKAN KUASA MEMORI...Mesti baca!!!


Anda pelajar tapi bila baca cepat lupa? Anda pekerja pejabat dan selalu dimarahi boss kerana sukar mengingati fakta penting? Anda guru tapi kadang-kadang tersasul dengan fakta yang tidak tepat? Jika anda mahu meningkatkan daya memori, diperturunkan  4 rahsia yang diperolehi daripada sumber askmen:

Gula-Gula Getah

Percaya atau tidak, gula-gula getah sebenarnya boleh meningkatkan tahap memori menjadi lebih baik. Hal ini berdasarkan hasil dua kajian yang dilaporkan dalam jurnal Appetite pada tahun 2002 dan 2004.

Dalam kajian ini, orang yang mengunyah gula-gula getah dalam tempoh tertentu memberikan hasil memori yang lebih baik. Kemungkinan ia terjadi kerana mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung yang kemudian meningkatkan aliran darah ke otak.

Senaman/Bersukan

Selama ini ramai orang bersenam/bersukan untuk  mendapatkan tubuh yang sihat dan kuat, tapi sukan juga sebenarnya  adalah pemangkin penambah ingatan. Dalam satu kajian yang dijalankan menunjukkan dengan mengurangkan beberapa kalori di dalam tubuh boleh membantu seseorang mengingati di mana sesuatu barang tidak penting diletakkan yang bagi sebahagian yang lain sukar mengingatinya.

Senaman seperti joging, berjalan kaki, naik tangga atau berbasikal boleh menjadi penambah ingatan yang lebih baik berbanding tidak bersukan sama sekali.

Kafein

Walaupun ramai yang merumuskan kafein membahayakan kesihatan, namun tidak ada yang boleh membantah kesan positif kafein mewujudkan suasana santai dan penambah ingatan. Pelbagai kajian yang dilakukan dalam 5 tahun terakhir ini menunjukkan kafein boleh meningkatkan memori jangka pendek dan melindungi wanita daripada kesusutan daya ingatan. Bagi mendapatkan manfaat yang optimum daripada kafein, pastikan pengambilannya dalam kuantiti yang selamat dan tidak berlebihan supaya tidak memberi kesan negatif terhadap tubuh.

Tidur siang

Rahsia yang satu ini mungkin kelihatan melucukan, tapi itulah faktanya - tidur siang boleh meningkatkan memori!! Tidur siang boleh meningkatkan memori deklaratif (memori yang berguna untuk menyimpan fakta-fakta). Jika anda sudah bekerja keras seharian, jangan ragu untuk tidur siang seketika. Bagaimanapun sila  pastikan anda tidak tidur lebih dari 45 minit bagi mengelakkan kemerosotan daya memori.

JR: Jangan banyak tidur siang, nanti malam mengigau!!!

~ JR 

3 comments:

  1. semua tips2 di atas dah diamalkan.. kecuali makan gula-gula getah tu.. huhu tak suka rasanya

    ReplyDelete
  2. wwahhh tido2 :P

    ape2 pon mmg minat kopi hee tp ta la slalu..
    thnks 4 da info

    ReplyDelete
  3. Saya jarang2 tidur siang...patut pun cepat terlupa..hihihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....