»

19 December 2010

IBU BAPA APA NI..ANAK GADIS HADIAH CUCU LUAR NIKAH PUN BANGGA?

Newborn: Jamie Fishbourne is the child of Britain's youngest ever parents, both aged just 14
baby pasangan muda Webster & Fishbourne...cute...

Baru tingkatan 2 dan belum akil baligh sudah jadi ibu dan bapa? Kalau belum akil baligh bagaimana boleh bikin anak?

Sebenarnya pasangan ini: April Webster dan Nathan Fishbourne seperti yang dilaporkian Daily Mail baru saja akil baligh. Kerana rasa ingin tahu terlalu kuat ketika masing-masing baru berusia 13 tahun pada tahun lepas, pasangan muda ini pun "buat projek"...dan..dan...jeng...jeng,,jeng...itulah yang terjadi: April Webster hamil. Mudanya pasangan ini, baru Tingakatan 2 (kalau di Malaysia lah) sudah jadi ibu dan bapa kepada bayi seberat 3.8 kilo itu. Kini pasangan muda itu dinobatkan sebagai "ibu bapa termuda di Britain"

Dan apa reaksi kedua ibu bapa April bila anak dara mereka yang masih kecil itu sudah jadi ibu? Marah, pukul, halau dari rumah?

"Kini saya turut bergembira kerana sudah begelar nenek" kata Maria 36 tahun, ibu kepada April.

Bapa April pula bernama Jeff, 38 tahun (alamak...nama sama seperti saya!!) yang bangga kerana anak gadisnya pandai buat projek di usia sangat muda berkata, "Saya tidak marah terhadap teman lelakinya, kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi".

Ibu bapa Nathan pula, Ron 53 tahun dan Julie 43 menyatakan pada mulanya agak marah dengan pelakuan anak lelaki mereka itu tetapi kini rasa sangat teruja dengan kehadiran anggota baru dalam keluarga mereka. Gembira, tidak marah dan teruja dengan pelakuan jelik anak mereka? Mungkin kedua-dua orang tua pasangan itu  kini rasa bangga kerana anak mereka dapat anugerah ibu bapa termuda Britain!!

Aduh....dunia akhir zaman, banyak perkara yang tak bisa dipikir dan dijangkau oleh pemikiran waras telah menjadi kenyataan. Di negara ini pun ada pasangan muda yang baru belasan tahun sudah pandai berpacaran dan akhirnya....jadilah seperti April dan Nathan. Cuma harap-harap tidak ada ibu bapa yang gembira, teruja dan bangga apabila anak mereka yang baru akil baligh sudah pandai bikin cucu untuk mereka!!

~ JR 

9 comments:

  1. ha ha..mak bapak haram jadah

    ReplyDelete
  2. ish3, scary betol. dunia sekarang memang pelik!

    ReplyDelete
  3. masyarakat diorg lain....
    pemikiran diorg x sama dgn org2 asia

    ReplyDelete
  4. ish..plik nye bru f2 je pon...

    ReplyDelete
  5. no wonder la masyarakat barat berperangai mcm ni..ya adooii btl2 dunia akhir jaman~

    ReplyDelete
  6. Memanglah, diorg bukan islam, so ikut akal fikiran mereka sendiri..

    x pelik dah sekarang ni berlaku..

    ReplyDelete
  7. nauzubillah.. biasalah tu, dia orang kan agama lain.. and bukan agama lain, lagi lah bangga dapat pengiktirafan negara anak diaorang femes.. biasanya , orang luar negara lagi banyak suport anak dia orang kalau hamil luar nikah, berbanding orang malaysia yang tahu apa itu malu.

    ReplyDelete
  8. biasalah dunia barat bebas sek. ni kerajaan nak ambil idea barat ajar sek kat sekolah, nanti jadi macam tu nak salahkan siapa??? takkan nak penjara sebat sebelah pihak je...

    ReplyDelete
  9. Apa akan jadi apabila April & Nathan menjadi ibu bapa kepada anak mereka yang bakal remaja nanti? Bila ibu bapa kencing berlari, bayangkan anak2 kencingnya bagaimana...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....