Stadium Gelora Bung Karno sedang menunggu Malaysia untuk diganyang?
Agak sedih aku membaca berita ini. Tak kan lah cuma 300 orang saja penyokong bolasepak Malaysia yang akan hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan Malaysia yang akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno malam ini berhadapan Indonesia dalam final Piala AFF pusingan kedua?
Tak kan 300 orang sahaja bagi menghadapi sorak gempita hampir 100,000 penonton fanatik Indonesia yang kebanyakannya turun dengan semangat "Ganyang Malaysia"? Jika mengikut perkiraan matematik jika 300 lawan 100,000, pasti 300 benar-benar akan kena ganyang!! Yang tambah bergelora di Stadium Gelora ialah akhbar-akhbar Indonesia sudah bikin perang saraf dengan menyatakan penyokong Malaysia takut ke sana, takut diganyang oleh penyokong Indonesia!!
Bandingkan final pusingan pertama di Bukit Jalil tempoh hari, 15,000 penyokong Indonesia hadir. Mereka tidak takut di ganyang penyokong tuan rumah kerana mungkin tahu saudara serumpun mereka tidak akan mengganyang mereka. Saudara serumpun tidak akan minum darah saudaranya sendiri! Mereka hadir tanpa diganggu, mereka boleh bersorak, boleh menyanyi tanpa diganggu.
Tapi bola malam ini bukan permainan 100,000 penonton, ia mainan 22 pemain atas padang. Yang menentukan kemenangan dan pemenang Piala Suzuki bukan gelora semangat penonton tapi ketahanan mental dan aksi kencang pemain.
Harap-harap orang Malaysia yang berada sekitar Jakarta turun sama menyaksikan pasukan mereka dalam misi yang sangat penting malam ini. Jangan takut dengan gertakan media kerana mereka perlu percaya kebanyakan orang Indonesia tidak seganas seperti yang digambarkan oleh media mereka. Hanya segelintir yang fanatik, kerana kebanyakan orang Indonesia yang aku kenali adalah baik-baik belaka. Mana mungkin penonton Malaysia akan diganyang lumat seperti propaganda media mereka. Tak mungkin pak polisi Indonesia membiarkan keselamatan saudara serumpun mereka dari Malaysia diancam dan diganyang di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.
Kabarnya 5,000 tiket telah diperuntukkan untuk penyokong Malaysia. Harap-harap menjelang malam ini semua 5,000 tiket akan terjual habis. Walaupun jeritan 5,000 tidak akan dapat menenggelamkan gelora gempita sorakan 95,000 penyokong Indonesia yang dijangka memenuhi setiap inci stadium itu malam ini, tapi sekurang-kurangnya 5,000 orang adalah lebih baik daripada 300 orang.
Viva Malaysia, Piala Suzuki milik kita!!
~ JR
go3 Malaysia. Kluarkan semangat Harimau tumbangkan Indonesia...
ReplyDeletememang tak agak,5k balas 15k..nampak ketdkadilan berada disitu..mgkn krjan indonsia tau,org malaysia tak ramai kat sna,len la rkyat dorng .berlambk kat sni,tapi kita tak kecoh mana pun..mmg tak adil^^hrp gov malysia jgn bagi muka sngt^^
ReplyDeleteapsal tetiba rasa dh bedebar semacam je nih
ReplyDelete