Mengapa perempuan suka berleter? Tak jemu ke....pot pet pot pet pot pet pot pet...sampai 7,920 minit setahun???
Satu kajian terbaru mendapati isteri TIDAK PERNAH RASA BERSALAH BERLETER TERHADAP SUAMI mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.
Golongan isteri juga dianggarkan menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum dan kesihatan mereka. Ia bersamaan dengan 2 jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir 6 hari setahun.
Satu kajian membabitkan lebih 3,000 orang dijalankan kumpulan kempen kesihatan Everyman yang berpusat di London merumuskan, perkara biasa yang dileteri wanita mengenai pasangan mereka adalah tidak membantu mengemas rumah. Aduan lain termasuk tidak membantu membersihkan pinggan mangkuk, terlalu banyak minum dan tidak mendapatkan rawatan doktor.
Majoriti wanita tidak berasa malu suka berleter dengan 87% mengakui sukar untuk memastikan pasangan melakukan sesuatu.
Manakala lelaki berkata, mereka tidak mengakui perkara itu dengan 83% merasakan mereka sentiasa betul.
Walaupun berleter adalah satu perkara yang tidak disukai dalam satu perhubungan, strategi berleter kadangkala dilihat lebih efektif bagi merungkai sesuatu masalah!!
CATATAN: Aku tak termasuk dlm golongan suami yg dileteri isterinya 7,920 minit kerana kami jarang bertemu..cuma bertemu sekali seminggu... dan justru aku jarang berpeluang dileteri isteriku, lucky??....wahahahaha...
~ JR
huhu xsgka pnya byk, kalo pkir2 balik penot ooo pot pet pot pet =P
ReplyDeletekalo asik kena leter je,alamat ada la yg kena cerai ni.hahaaaa
ReplyDeletewahhh, tak sangka. tp pmpuan berleter utk kbaikan ;)
ReplyDeleteKajian itu tak pula membandingkan berapa minit lelaki mengomel...7,000, 6,000 atau 10,000 minit setahun??
ReplyDeletePerempuan dan leteran tak dapat dipisahkan :D Tapi si isteri ni berleter untuk kebaikan jugak kan, contohnya bila umah berselerak.. hehe
ReplyDelete