»
Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

20 June 2015

Puasa Tapi Tak Solat!!



Sesiapa yang ada anak kecil, jangan lupa pesanan Ustaz Datuk Abu Hasan Din Alhafiz ini:


Pesanan ustaz Abu Hasan ini juga sesuai untuk mereka yang dah dewasa, rajin berpuasa tapi masih culas dalam solat (kecuali solat Raya memang rajin!).

Dalam keadaan apa pun utamakan solat. Solat adalah tiang agama. Bolehkah terbina sebuah bangunan tanpa tiang, yang ada cuma lantai, dinding dan bumbung? Reban ayam pun ada tiang, apa lagi bangunan kukuh dan hebat....


Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Ini episod ulang tayang yang setiap kali bulan Ramadhan JR nampak. Tadi pun nampak episod yang sama: wajah kanak-kanak yang terlalu muda keletihan kerana berpuasa. Sesetengahnya terlalu muda sangat - masih tadika - tapi sudah berpuasa penuh.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

18 June 2015

Puasa ABC


Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang menikmati Ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu lagi...

Di Kedah hari pertama Ramadhan adalah cuti umum. Itu yang bestnya, tentu berbuka nanti ada masakan-masakan istimewa dari sang isteri akan hadir di dapur kami.

Kepada rakan-rakan blogger, JR ucapkan salam Ramadhan dan semoga kita dapat sempurnakan puasa sebaiknya hingga ke hujung Ramadhan ini, insyaallah...

Bagi keluarga JR sendiri puasa tahun ini kurang meriah kerana 3 anak JR berpuasa di perantauan di IPTA masing-masing. Tahun lepas dan tahun sebelumnya hanya seorang anak JR yang belajar di UiTM Arau tak dapat  berpuasa bersama, 2 anak lagi dapat berpuasa bersama kerana kebetulan Ramadhan jatuh ketika mereka cuti akhir semester.

Ada juga yang melucukan di hari pertama Ramadhan ini. Ada seorang anggota keluarga bila JR gerakkan untuk bangun sahur pagi tadi sambil mengeliat dia berkata, "ABC".

Bila digerak lagi mulutnya masih menyebut ABC, ABC dan ABC..

Rupanya dia tak dapat berpuasa: ABC (Allah Bagi Cuti)...

Begitulah untungnya wanita, mereka makhluk terpilih yang Allah beri cuti ibadah. Cuma kalau puasa Ramadhan, ABC itu perlu diganti, kalau solat ABC tak perlu diganti. Malangnya lelaki, tiada ABC untuk mereka, hehehehehe...

Sekali lagi selamat berpuasa untuk semua.....