Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang menikmati Ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu lagi...
Di Kedah hari pertama Ramadhan adalah cuti umum. Itu yang bestnya, tentu berbuka nanti ada masakan-masakan istimewa dari sang isteri akan hadir di dapur kami.
Kepada rakan-rakan blogger, JR ucapkan salam Ramadhan dan semoga kita dapat sempurnakan puasa sebaiknya hingga ke hujung Ramadhan ini, insyaallah...
Bagi keluarga JR sendiri puasa tahun ini kurang meriah kerana 3 anak JR berpuasa di perantauan di IPTA masing-masing. Tahun lepas dan tahun sebelumnya hanya seorang anak JR yang belajar di UiTM Arau tak dapat berpuasa bersama, 2 anak lagi dapat berpuasa bersama kerana kebetulan Ramadhan jatuh ketika mereka cuti akhir semester.
Ada juga yang melucukan di hari pertama Ramadhan ini. Ada seorang anggota keluarga bila JR gerakkan untuk bangun sahur pagi tadi sambil mengeliat dia berkata, "ABC".
Bila digerak lagi mulutnya masih menyebut ABC, ABC dan ABC..
Rupanya dia tak dapat berpuasa: ABC (Allah Bagi Cuti)...
Begitulah untungnya wanita, mereka makhluk terpilih yang Allah beri cuti ibadah. Cuma kalau puasa Ramadhan, ABC itu perlu diganti, kalau solat ABC tak perlu diganti. Malangnya lelaki, tiada ABC untuk mereka, hehehehehe...
Sekali lagi selamat berpuasa untuk semua.....