Selepas 3 hari berpikir dan kadang-kadang bermenung, akhirnya Sha, anak perempuan JR buat keputusan penting malam tadi. JR beri masa untuk dia berpikir selama 3 hari, dia perlu buat keputusan sebelum 12 tengah malam tadi sama ada nak teruskan pengajian Tingkatan Empat di SMK Sultanah Asma, Alor Setar atau terima tawaran MARA untuk belajar di MRSM Merbok, Sungai Petani.
JR sendiri tak mau campur tangan keputusannya. JR tak ingin dipersalahkan kerana memaksa anak memilih sesuatu yang bukan minatnya. JR cuma beri panduan setiap pilihannya ada baik dan buruk, selebihnya terpulang kepadanya untuk memilih jalannya sendiri.
Sebelum Sha buat keputusan, JR beritau dia JR sebagai ayah akan menyokong apa pun keputusannya. Dan JR beritau Sha lepas dia buat keputusan, dia perlu membakar jambatan di belakangnya. Maksudnya jika dia dah buat keputusan sama ada untuk kekal di SMK Asma atau berpindah ke MRSM Merbok dia tak boleh berpatah balik lagi, anggap saja jambatan untuk pulang telah terbakar!
Dan akhirnya lebih kurang pukul 9 malam tadi Sha buat keputusan: