»
Showing posts with label SMK Sultanah Asma. Show all posts
Showing posts with label SMK Sultanah Asma. Show all posts

12 October 2015

Selamat Menduduki Peperiksaan PT3


Selamat menduduki peperiksaan Pentadksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk semua pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia yang bermula hari ini. Semoga kalian dapat memberi jawapan terbaik dan dapat keputusan cemerlang untuk bekalan dunia dan akhirat.

JR sendiri tak ada anak yang menduduki peperiksaan PT3 tahun ini dan tajun-tahun mendatang. Sha, anak bongsu JR menduduki peperiksaan PT3 tahun lepas (2014). Teringat kata-kata seorang guru ketika JR berada di dalam dewan sekolah untuk tengok keputusan PT3 tahun lepas : "PT3 2014 adalah peperiksaan untuk pelajar Tingkatan 3 yang paling teruk dalam sejarah Malaysia.10 kali lebih teruk dan lebih payah dari peperiksaan PMR tahun-tahun sebelum itu..".

Mana tak teruknya, tahun lepas silabus PT3 itu sendiri masih kelam kabut dan wujud ketidak pastian tentang formatnya hingga beberapa bulan sebelum periksa, format peperiksaan bertukar ganti lebih dari 3 kali. Pening kepala cikgu, pelajar dan ibu bapa!

Akibatnya banyak sekolah yang berharap mereka akan dapat keputusan cemerlang seperti peperiksaan PMR sebelumnya rasa terkejut. SMK Sultanah Asmah Alor Setar tempat anak JR belajar yang  selalunya sebelum itu  lebih dari 100 pelajar score straight A's dalam PMR tapi pada 2014 cuma 4 pelajar saja dapat straight A dalam PT3. 

Sekolah-sekolah menengah lain pun begitu juga. SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur yang merupakan antara sekolah menengah terbaik di Malaysia, cuma 1 pelajar  saja yang mendapat keputusan straight A's dalam PT3 2014, sedangkan dalam peperiksaan PMR 2013, 137 pelajarnya mendapat straight A's.

10 March 2015

Alahai...Baru Seminggu Cerai Dah Nak Rujuk Balik


Hampir setiap hari puteri tunggal JR itu merengek dalam telefon. Banyak cerita negatif dari positif. Minta simpatilah tu....

Masa kali terakhir jumpa dia Sabtu lepas di MRSM Merbok pun sebelum berpisah dia tanya, "Nak balik belajar kat SMK Asma boleh tak?"

Pikir sekali memang tak nak layan celoteh Sha. Lagi pun itu adalah pilihannya sendiri, JR dan isteri tak pernah paksa dia masuk MRSM. JR sebagai ayah dah buat research mengenai sekolah lamanya SMK Sultanah Asma dan MRSM Merbok, buat kajian perbandingan, kemudian beri pros and cons belajar di kedua-dua institusi itu, selebihnya dia sendiri perlu buat keputusan. Dan bila dia kata nak masuk MRSM, JR ikut saja walau dalam hati berkata di sekolah lamanya kalau dari segi akademik apa kurangnya dari MRSM.

03 March 2015

Air Mata SPM


Lewat pagi tadi JR ke SMK Sultanah Asma untuk uruskan pertukaran Sha, anak perempuan JR, dari sekolah itu ke MRSM Merbok. Hampir dua jam juga di sekolah, maklumlah kena serah banyak benda balik ke sekolah, mendapatkan beberapa dokumen dari sekolah, tanda tangan surat dan pelbagai lagi urusan. 

Kebetulan keputusan SPM diumumkan pagi tadi. Pekarangan sekolah dipenuhi ramai ibu bapa (rata-ratanya Melayu) yang berkerumun untuk lihat keputusan SPM anak masing-masing. Walaupun sebahagaian pelajar SMK Sultanah Asma terdiri dari bukan Melayu, yang JR agak hairan kenapa tak ramai ibu bapa bukan Melayu datang tengok keputusan SPM anak mereka? 

02 March 2015

MRSM: Akhirnya Dia Buat Keputusan Muktamad..


Selepas 3 hari berpikir dan kadang-kadang bermenung, akhirnya Sha, anak perempuan JR buat keputusan penting malam tadi. JR beri masa untuk dia berpikir selama 3 hari, dia perlu buat keputusan sebelum 12 tengah malam tadi sama ada nak teruskan pengajian Tingkatan Empat di SMK Sultanah Asma, Alor Setar atau terima tawaran MARA untuk belajar di MRSM Merbok, Sungai Petani.

JR sendiri tak mau campur tangan keputusannya. JR tak ingin dipersalahkan kerana memaksa anak memilih sesuatu yang bukan minatnya. JR cuma beri panduan setiap pilihannya ada baik dan buruk, selebihnya terpulang  kepadanya untuk memilih jalannya sendiri.

Sebelum Sha buat keputusan, JR beritau dia  JR sebagai ayah akan menyokong apa pun keputusannya. Dan JR beritau Sha  lepas dia buat keputusan, dia perlu membakar jambatan di belakangnya. Maksudnya jika dia dah buat keputusan sama ada untuk kekal di SMK Asma atau berpindah ke MRSM Merbok dia tak boleh berpatah balik lagi, anggap saja jambatan untuk pulang telah terbakar!

Dan akhirnya lebih kurang pukul 9 malam tadi Sha buat keputusan: