»
Showing posts with label Lenovo K900. Show all posts
Showing posts with label Lenovo K900. Show all posts

23 January 2015

Satu iPhone Lagi Dalam Rumah!


Sudah lama puan isteri kat rumah mengidamkan iPhone. Bila anak no  2 yang masih belajar kat UTHM beli iPhone 5S hasil wang yang dikumpulnya sendiri hampir 2 tahun lepas, rasa mengidam di benak puan isteri semakin membara.

Dan semalam puan isteri balik ke rumah membawa iPhone idamannya. Walaupun bukan iPhone 6 atau iPhone 6 Plus tapi memiliki iPhone 5 sudah dapat puaskan hatinya untuk memiliki produk Amerika idamannya itu. iPhone 5 itu cuma berharga RM1,300 yang dijual oleh kawannya yang telah membeli iPhone 6 Plus baru. Memang berbaloi kata puan isteri kerana iPhone itu dipakai oleh kawannya belum 1 tahun dan masih ada waranti beberapa bulan lagi.

20 January 2015

Jawapan Teka-Teki Henfon Semalam


Semalam JR saja buat teka-teki yang nampak mudah tapi sebenarnya tak mudah mengenai yang mana satu henfon kat bawah ni milik JR:



JR dah agak kalau 50 orang yang meneka, pasti semua 50 orang akan salah. Kalau 100 orang meneka, mesti 100 orang akan salah!

Nama pun teka-teki mesti jawapannya penuh muslihat!!