»

20 January 2015

Jawapan Teka-Teki Henfon Semalam


Semalam JR saja buat teka-teki yang nampak mudah tapi sebenarnya tak mudah mengenai yang mana satu henfon kat bawah ni milik JR:



JR dah agak kalau 50 orang yang meneka, pasti semua 50 orang akan salah. Kalau 100 orang meneka, mesti 100 orang akan salah!

Nama pun teka-teki mesti jawapannya penuh muslihat!!

Ada yang kata henfon paling besar (Samsung Galaxy Note 8) di tengah-tengah gambar tu  kepunyaan JR. Salah!! Samsung Galaxy Note 8 bersaiz 8" itu sebenarnya kepunyaan isteri JR yang memang minat benda-benda besar.

Ada pula yang kata henfon nombor 3 dari kiri (Lenovo K900) kepunyaan JR. Juga salah!! Lenovo K900 bersaiz 5.5" itu juga kepunyaan isteri JR.

Ada yang kata henfon kecik paling kanan (iPhone 5) itu kepunyaan JR. Juga salah...manalah JR mampu nak beli iPhone!! iPhone 5 bersaiz 4" yang paling kanan tu sebenarnya milik anak lelaki nombor 2 JR. Budak-budak sekarang masih belajar pun dah pakai iPhone!!

Ada yang lain kata henfon nombor 4 dari kiri (Asus Zenfone 5) itu kepunyaan JR. Walaupun JR memang pakai Asus Zenfon 5 bersaiz 5" tapi yang nombor 4 dari kiri itu sebenarnya henfon Zenfone 5 kepunyaan anak lelaki nombor 5 JR.

Jadi yang mana satu henfon JR? 

Sebenarnya kelapan-lapan henfon di atas itu bukan henfon milik JR. Ini kerana henfon JR digunakan untuk ambil gambar henfon-henfon tu, jadi ia tak adalah dalam gambar!! 

Nama pun teka teki kan, tentulah ada permainan dan muslihatnya.....

8 comments:

  1. Saya dah tau, saje je tak nak jawab. Kalau ada hadiah (pilih mana2 henfon dalam gambar tu), confirm saya jawab sungguh2! Hehehee...

    ReplyDelete
  2. hahaha.. tak terfikir pulak macam tu.. dok fokus pada hp yang ada tu je..

    ReplyDelete
  3. Semalam kakcik tak singgah sini, tapi bila baca tajuk dan tengok gambar, kakcik dah terfikir 'hp JR tiada di situ sebab digunakan untuk ambil gambar'...hehehe

    ReplyDelete
  4. hahahahaha..tokono den!

    ReplyDelete
  5. citt..tertipu!! otak gagal berfikir panjang.

    ReplyDelete
  6. teka teki teka tekuk, sape silap kena ketuk.

    ReplyDelete
  7. pandai juga ya melawak..kan dah senyum..lastly senyum..dapat jawapan..hehehe

    ReplyDelete
  8. ahh stress..knplah tak terfikir lngsung...
    :-)) buat lagi jr teka teki..sesekali seronok juga teka teki tipu muslihat ni..bijak jr

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....