»
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

17 June 2015

WW: Mulianya Hatimu Nyonya...


Di dalam dunia yang sangat kejam ini, bukan mudah untuk menemui mereka yang berhati emas tak kira apa bangsa dan agamanya. Bersyukurlah jika masih ada mereka berhati mulia di dunia ini....



Bukan mudah sebenarnya nak mendidik dan memelihara akidah seorang kanak-kanak Islam yang tinggal dalam keluarga bukan Islam. Walaupun keluarga bukan Islam itu cuba memahami dan menghormati agama Islam tapi pemahamannya tentulah tak semudah yang disangkanya.

Semoga Allah permudahkan urusan dua kanak-kanak itu dalam agamaNya...

02 October 2014

Kita Bukan Orang Baik?


Masih ingat tentang cerita Mohammad Sohail pekedai baik hati dari New York yang berjaya menumpaskan perompak yang ingin menyamun kedainya dan kemudian menghadiahkan wang dan makanan kepada perompak itu? Masih ingat tentang perompak yang terkejut dengan kebaikan Sohail akhirnya mengucap dua kalimah syahadah di depan Sohail kerana tertarik dengan agama yang menjadikan Sohail seorang yang begitu budiman? Bagi mereka yang dah terlupa tentang kisah ini boleh baca ceritanya di sini ...

Minggu lepas ada satu lagi cerita yang hampir serupa berlaku di Dubai.
Ia tentang 23 pemain bolasepak sebuah negara Afrika, Cameroon yang menyertai sebuah kem latihan bolasepak selama 2 bulan di Dubai.