»

04 March 2016

SPM: Tahniah SMK Sultanah Asma


Balik saja dari sekolah petang kelmarin, anak perempuan bongsu JR, Sha, heboh bercerita tentang sekolahnya - SMK Sultanah Asma yang sekali lagi muncul sebagai sekolah terbaik Kedah untuk SPM 2015:



Bangganya Sha kerana sekolahnya sekali lagi muncul sebagai sekolah nombor 1 terbaik SPM mengatasi pencapaian semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Kedah. 

Dulu kebanyakan ibu bapa menganggap SBP adalah pilihan terbaik dan jika tak dapat belajar di SBP baru mereka hantar anak ke Sekolah Harian biasa. Tapi sekarang ibu bapa mulai sedar jika kena gaya dan caranya pencapaian Sekolah Harian biasa juga akan menjadi lebih baik dari SBP seperti yang ditunjukkan oleh SMK Sultanah Asma untuk ke sekian kalinya.  

Mungkin satu faktor pendorong ialah  semua pelajar SMK Sultanah Asma adalah perempuan berbilang kaum. Kata seorang guru, lebih mudah mengajar di sekolah yang semua pelajarnya perempuan kerana mereka lebih berdisiplin dan mendengar kata. Persaingan juga sengit apabila pelajar Melayu perlu bersaing dengan pelajar bukan Melayu yang biasanya lebih pintar dan gigih dari mereka.
Apa yang penting tak sia-sia setiap hari cikgu buat kelas tambahan untuk semua pelajar sejak Tingkatan 4 hingga 5. Selain itu hari-hari cikgu beri kerja rumah bertimbun untuk latih tubi hingga pelajar tak ada masa untuk beriadah dan tengok TV, segala pengorbanan semua pihak berbaloi..

Harap SMK Sultanah Asma akan kekalkan pencapaian yang sama dalam peperiksaan SPM 2016. Kebetulan tahun ini Sha, akan ambil SPM, semoga dia akan mencapai kejayaan cemerlang seperti rakan-rakan seniornya tahun ini....

3 comments:

  1. Tahniah buat semua..
    Berkat sabar dan usaha bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  2. Ada tengok kat tv pelajar spm terbaik smk sultanah asma ni datang sendiri je ambil keputusan. Cikgu yg teman naik pentas. Hidup susah & masalah keluarga tak menghalang dia untuk cemerlang. Tabik pada orang jiwa kental macam ni.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....