»

05 March 2016

Malang Qu Puteh


Malam tadi pasukan bolasepak Kelantan kalah lagi dengan Kedah. Jika Sabtu lepas Kelantan yang ditaja oleh Qu Puteh kalah 1-2 dengan Kedah dalam Liga Super, malam tadi Kelantan tersingkir dari Piala FA selepas kalah dengan Kedah 5-4 menerusi penentuan penalti.

Orang yang paling marah tentulah boss Qu Puteh, Datuk Vida. Sabtu lepas Datuk Vida telah belanja acara mandi bunga kepada semua pemain Kelantan dan jurulatih K.Devan bagi memastikan mereka menang bila lawan Kedah.  Tapi lepas mandi bunga Kelantan masih kalah 1-2 kepada Kedah.



Dan malam tadi Kelantan kalah lagi dengan Kedah 4-5 pula dalam Piala FA. 

Tentulah yang paling bengang dengan kekalahan Kelantan itu ialah Datuk Vida. Duitnya dah banyak habis, bukan seribu dua, tapi berjuta ringgit, mandi bunga lagi tapi nasib masih tak menyebelahi Kelantan.

Kalau dah semua pemin mandi bunga, jurulatih pun dah mandi bunga tapi nasib masih tak baik agaknya siapa lagi yang kena mandi bunga lepas ini? 

Agaknya yang kena mandi bunga lepas ini ialah pihak yang percaya sangat dengan mistik mandi bunga tu tak???
 

3 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....