»

31 October 2015

Teruknya..Bila Yang Haram Jadi Halal


Dua bulan lepas (17 Ogos 2015) Majlis Fatwa Kebangsaan umumkan vape HARAM di sisi Islam:


Pelik sungguh pelik, tiba-tiba semalam Kerajaan Malaysia sanggah pendapat ulamak. Kerajaan kata vape TAK HARAM!!

 
Alasan vape tak haram kerana hisap vape kononnya selaras dengan "aspirasi anak muda". Segalanya kerana anak muda suka hisap vape. Lalu kerana anak  muda suka hisap vape yang diharamkan ulamak dihalalkan kerajaan. 

Aneh?
 
Sebenarnya tak aneh! Sapa anak muda yang suka hisap vape??

Rata-rata anak muda yang hisap vape golongan muda Melayu. Pengusaha vape juga kebanyakannya orang Melayu. Kerajaan terpaksa sanggah pendapat ulamak demi nak jaga hati orang Melayu.. 

 
Paru-paru anak muda Melayu nak rosak pun rosaklah yang penting hati Melayu kena dijaga....

Rosak paru-paru tanggung sendiri
Rosak hati hilang undi...

7 comments:

  1. pelikkan budaya vape ni dan fatwa yang tak pasti..jup haram jup tak...

    ReplyDelete
  2. Tak suka apa pun jenis asap kecuali asap bakar sampah...dari dok hembus asap lebih baik buat kerja......

    ReplyDelete
  3. Sedih dan malu dengan keputusan yang dibuat seolah-olah Majlis Fatwa tidak diperlukan. Tidak tegas dengan keputusan yang dibuat.!!

    ReplyDelete
  4. Itulah jadinya bila dah tak kembali kpd Al Quran & As Sunnah

    ReplyDelete
  5. letih saya berdebat dengan puak-puak vape sebelum ini.... aleh-aleh kerajaan kata halal pulak...

    kekadang fikir, duduk kat singapore lagi baguih la....

    ReplyDelete
  6. Sejak bila kerajaan kita ikut cakap Majlis Fatwa...?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....