»

23 September 2015

Selamat Berpuasa Sunat Arafah


Hari ini 9 Zulhijjah adalah hari wukuf untuk semua jemaah haji yang sedang menunaikan haji di Mekah. Hari ini semua jemaah haji berkumpul di Arafah sebagai puncak ibadah haji kerana wukuf itu sendiri dikatakan sebagai sebesar-besarnya rukun haji. 

Semoga semua jemaah haji akan dapat menunaikan haji dengan sempurna dan dianugerahkan Allah haji mabrur, aminnn...

Bagi yang tak menunaikan haji tahun ini kita dianjurkan puasa sunat Arafah. Tentu ramai (termasuk JR) yang berpuasa sunat Arafah hari ini kan?

Puasa sunat Arafah dikategorikan ulamak sebagai satu ibadah tathawwu' (sunnah yang sangat dianjurkan). Puasa ini cuma dianjurkan untuk mereka yang tidak mengerjakan haji. Mereka yang sedang menunaikan haji ditegah melakukannya seperti hadis riwayat Abu Hurairah. 

Mengikut hadis riwayat Muslim mereka yang berpuasa sunat Arafah akan dihapuskan dosa mereka setahun sebelum dan setahun selepasnya. Begitu besar ganjarannya, rugi bagi mereka yang terlepas mengerjakannya...

Kepada mereka yang sedang berpuasa sunat Arafah, JR mengucapkan selamat berpuasa. Kepada yang uzur dan tidak berkesempatan melakukannya tahun ini boleh melakukannya tahun depan, insyaallah...

5 comments:

  1. Huhu.. Tak puase hari ni. Selamat Hari Raya Qurban je JR

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Eidul Adha...

    ReplyDelete
  3. Salam Aidul Adha dari Bunda...

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidil adha...mubarak ..semoga puasa diterimaNya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    Saya pun dapat berpuasa sunat Arafah ni..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....