»

22 September 2015

Globe Silk Store


Petang kelmarin ketika JR sedang mengemas rumah terjumpa ruler ini:


Ruler jenama Globe Silk Store! Maknanya ruler ini dibeli dari Globe Silk Store. 

Pastinya ruler ini dah berusia lebih 15 tahun ketika Globe Silk Store masih beroperasi...

Siapa yang masih ingat tentang Globe Silk Store, pusat beli belah di Jalan TAR, KL yang satu masa dulu sangat terkenal itu?

Zaman JR masih belajar di KL dulu, kalau nak beli pakaian, Globe Silk Store atau lebih terkenal dengan nama Globe adalah tempat dituju. Dalam keadaan duit yang ciput-ciput di zaman student, Globe adalah pilihan terbaik untuk beli belah pakaian bajet ketika itu. Bila kemudiannya JR mula kerja di KL, sesekali masih ke Globe walaupun masa itu duit ada lebih sikit berbanding masa student dulu.

Zaman tahun 1990an dan sebelumnya kalau rombongan Cik Kiah dari negeri-negeri lain ke KL, Globe semestinya destinasi wajib. Pakaian jenama Don yang dikeluarkan sendiri oleh Globe dijual pada harga yang sangat murah. Walaupun murah, ada kemeja dan t-shirt yang cuma dijual pada harga kurang RM10 sehelai, tapi mutunya boleh tahan. Itu yang seronok beli belah di sana. Selain dari pakaian, Globe juga menjual kain ela, kain langsir dan lain-lain pada harga yang sangat berpatutan.

Namun kini kenangan tentang Globe cuma tinggal sejarah. Globe kepunyaan jutawan bernama Tan Sri Kishu itu telah ditutup selepas diisytiharkan bangkrap oleh mahkamah pada tahun 2000. Kononnya kejatuhan empayar Kishu bermula selepas majlis perkahwinan anaknya sekitar tahun 1995 yang dibuat begitu meriah selama 5 hari 5 malam dengan kos lebih RM7 juta. Kerana tak mampu membayar balik pinjaman kepada bank HSBC, akhirnya jutawan itu diisyhtiharkan bangkrap.

Kini Globe Silk Store hanya tinggal sejarah....

                                                     Globe Silk Store - gambar google..

7 comments:

  1. ruler yg ada sentimental value tu...

    ReplyDelete
  2. Masih ingat... masih ingat...

    ReplyDelete
  3. Dulu bila mak ajak ke KL pasti ni salah satu tempat yang akan kami singgah..
    Baru ai tahu kenapa ianya ditutup.. eemm.. tak terfikir nak google nak tahu kenapa ianya ditutup..

    ReplyDelete
  4. tak penah sampai la .... wlupun dok kl dari thn 2004...masih ade lagi kan time tu ... tp tak penah jejak

    ReplyDelete
  5. unik lah JR..bagus kan dapat pergi sana..

    ReplyDelete
  6. Hebatnya pengetahuan JR. Saya ingat Globe dan jenama DOn. Memang suka beli kat Globe. Tapi tak tau la plak da tutup sebab bankrap. Dasat ah wedding anak dia kalo time tu bernilai 7 Juta. Harap2 perkahwinan tu masih utuh.

    ReplyDelete
  7. Ye betul tu JR..
    Dulu2 disini lah saya dibawa shopping baju raya oleh Arwah Mak..
    Sampai saya pernah hilang di Globe ni hahhaha..
    Masa tu saya darjah 3 kot.. duduk sibuk tengok baju2 yg cantik..
    Tengok Arwah mak dah pergi ketempat lain..
    Nasib baik saya duduk diam disitu aje..
    Jadi senang lah dicari saya yg tengah menangis tu :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....