Tadi JR pergi ke hospital untuk hantar mak mentua jumpa doktor. Ia pemeriksaan rutin setiap beberapa bulan sekali.
Tiba-tiba JR berselisih dengan abang Jaq. Abang Jaq merupakan rakan jogger tegar yang selalu JR jumpa ketika berjoging di Taman Rimba, Alor Setar.
Bila JR tanya mengapa dia datang ke hospital, dia menunjukkan giginya. Rupanya dia baru lepas cabut gigi. Segumpal kapas putih memenuhi bahagian kanan mulut abang Jaq menyebabkan percakapannya tidak begitu jelas.
"Tragedi raya" katanya, "Tergigit tulang ayam sampai patah gigi!"
JR tergelak agak kuat bila dengar penjelasannya. JR cuma henti tergelak bila tersadar ada banyak mata yang memandang kami. Tu dia....punya hebatnya penangan raya, makan rendang ayam sampai gigi patah!
Tapi sekurang-kurangnya abang Jaq ada kenangan juga pada hari raya ini, walaupun ia bukan kenangan manis. JR pula hampir tak ada apa-apa kenangan langsung. Kecuali bertemu dengan sanak saudara dan sahabat jauh dan dekat, raya tahun ini umumnya berlalu dengan hambar...
Raya kakcik hanya meriah di 1 Syawal. Kemudian sunyi sepi tiada apa-apa lagi...
ReplyDeleteCH pun raya tahun ni pun terasa hambar JR..
ReplyDeleteDalam hati teringat mak di hospital..
Kenangan dihari raya tu buat kawan JR tu..
Bila tengok rendang ayam dihari raya nanti..
Teringatlah gigi yg patah tu :)
Raya saya di Perak...meriah-meriah....cuma saya sahaja yang sakit....sakit gigi di pagi raya...syukur ada bawa paracil lebih...
ReplyDeleteRaya saya tahun ni pun biasa2 je..suami kerja..kami anak2 beranak je .. lepas tu 2nd puasa dah start puasa 6 syawal.. moga setiap hari kita mbawa kebahagian tuk semua...amin..
ReplyDeleteraya tahun mi mmg x meriah spt tahun2 sblumnya
ReplyDeletehahahah...bukan salah tulang ayam tu..gigi dh tak kuat hikkss...sib baik bukan gigi depan kan
hihiii...jadi sejarah raya 2015 lah ya ...akibat tulang ayam
ReplyDeletehahaha..ada jugak tu kenangan raya 2015...
ReplyDeletehehe...mau tak tergelak...penangan raya punya sampai patah gigi..
ReplyDeletealhamdulilah raya tahun ni yan ok ok je..tak terlalu hambar macam tahun lepas..
ReplyDeleteSaya, first time Raya di wad, Ada jugalah kenangan untuk di bawa ke tahun tahun akan datang...
ReplyDeleteDah 2 tahun keluarga BUNDA beraya dalam suasana suram..
ReplyDeleteTahun ni biasa je persiapan raya, sangat sederhana.. dan 3 hari pertama raya tu saya satu family sakit perut gara-gara banyak makan rendang.. huhuhu..
ReplyDelete