»

27 July 2015

Esok Raya Lagi!!


Dah 5 hari JR tak menulis. Dah le bulan Ramadhan dulu cuma sesekali menulis kat blog ni, penyakit malas menulis ni masih terbawa-bawa ke bulan Syawal. Entahlah...

Mungkin kerana JR malas menulis kerana tak ada benda istimewa yang nak dikongsikan. Nak dikongsikan benda-benda biasa nanti korang boring nak baca pula kan..?

Kerana tak ada benda nak cakap, hari ni JR nak tanya satu soalan yang bagi sesetengah orang agak sensitif - masalah berat badan:

Sepanjang Ramadhan baru-baru ni berapa kg berjaya korang turunkan? 

Anak sulung JR kata dia dapat turunkan berat badan sebanyak 5 kg sepanjang Ramadhan. Anak bongsu pula kata berat badannya sama saja sama ada di bulan Ramadhan atau lepas Raya. Isteri pula kata dia cuma dapat turunkan 2 kg di bulan Ramadhan. Adik ipar pula beritau masa Raya kedua dulu dia dapat turunkan 4 kg sepanjang Ramadhan.

JR pula macam mana? 

JR berjaya turunkan berat badan sebanyak 4 kg sepanjang Ramadhan. Tapi bila timbang Raya kedua berat badan dah naik balik dekat-dekat 2 kg... lajunya lemak berkumpul! Nak turun 4 kg ambik masa sebulan, nak naik 2 kg ambik masa 2 hari saja!

Mulai hari Isnin lepas (Raya keempat) JR dah mula berpuasa balik - puasa sunat enam Syawal. JR mula puasa hari Isnin hingga Khamis (4 hari), hari Jumaat dan Sabtu break 2 hari, lepas itu sambung balik puasa 2 hari lagi pada  hari Ahad dan Isnin (hari ini).

Jadinya hari ini hari terakhirlah JR puasa enam. Hari ini lengkaplah puasa sunat enam Syawal untuk JR. Kira esok JR Rayalah!!!

Memang bagus juga puasa enam ni. Selain dari pahalanya diriwayatkan menyamai setahun puasa, ia juga dapat mengurangkan berat badan akibat balun banyak makanan dalam jamuan Raya/rumah terbuka. Tadi JR tengok berat badan JR yang naik semula 2 kg lepas Raya dapat diturunkan semula seperti keadaan hari terakhir Ramadhan. Semoga esok bila dah tak puasa ia tak naik lagi.....

6 comments:

  1. Saya ada buat entry berkenaan BMI saya sebelum raya tempohari.. saya tak berjaya capai target yang saya nak tapi keadaan sekarang lebih kurus berbanding 6 bulan lepas. La ni masih teruskan untuk capai target yang diinginkan.. tapi sebenarnya kalau tak capai target tu pun dah ok dah.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. lebih kurang 2 kg je rasanya. Tak berapa beri perhatian. Cuma kalau boleh maintain, agak selesa dengan pakaian.. Tapi... mungkinkah kalau setakat beberapa kg.. bukan lemak yang hilang tapi kandungan air dalam badan je? - Faizah

    ReplyDelete
  3. Dari bacaan saya.. badan kita ni pandai menyesuaikan diri dengan kuantiti makanan yang kita makan. Contohnya .. apabila kita kurang makan.. metabolisma kita masih sama pada awalnya, maka kita akan kurang berat badan. Tetapi lama-kelamaan, metabolisma kita akan adjust sesuai dgn makanan yang kita ambil.. maka.. susah dah nak kurang berat lagi.. :D

    ReplyDelete
  4. Saya, Ramadhan kali ini pecah rekod dengan 1 hari tak puasa. Puasa hari terakhir pulak tu. berbuka pula jam 3 petang pulak atas nasihat doktor...

    Belum ganti lagi ni. Badan rasa macam belum pulih 100% dari demam...

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah....dah tertunai puasa 6...

    BERAT BADAN ??? erm...lalala

    ReplyDelete
  6. turun 0.5kg jer..haha.. tp sbb bdn kecik..kurang kilo sikit je pun dah rase ramping sangat(amboi) hhaaha..
    lepas raya entahla.. saka makan dah terlepas.. semua selera..uhuuu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....