Minggu ini ada dua kematian di komuniti tempat JR tinggal. Dan seperti biasanya bila ada kematian pada malamnya adalah majlis tahlil dibuat oleh waris si-mati. Dan seperti biasa juga, lepas tahlil akan ada majlis makan (macam meraikan kematian pulak??)
Setiap kali JR pergi ke majlis tahlil, JR selalu teringat tentang satu peristiwa ketika JR baru ditukarkan kerja dari KL ke Perlis lebih 10 tahun dulu.
Seminggu lepas JR kerja di Perlis, kebetulan Agong (Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) yang merupakan Sultan Selangor meninggal dunia. Dua malam sebelumnya JR dengar satu pengumuman di TV yang meminta semua masjid di Malaysia mengadakan majlis tahlil untuk Agong yang baru meninggal. Anehnya di Perlis tak ada pula majlis tahlil untuk Agong di masjid yang selalu JR pergi.
Kebetulan hari itu ada seorang ustaz datang ke pejabat JR bekerja. Ustaz ini ada masters dalam bidang syariah dari Universiti Madinah.
Lalu JR tanya kepadanya mengapa di Perlis tak ada tahlil untuk Agong di masjid?
Lama juga ustaz itu merenung wajah JR seperti renungan terhadap orang yang buat salah besar pula!!
"You baru kat Pelis ni kan..?" tanya ustaz tu kepada JR.
"Baru seminggu..." jawab JR.
"Ooooh patutlah. You kena banyak belajar tentang Perlis ni. You kena ingat you la ni ada di Perlis, bukan di KL, bukan di Kedah, bukan di Johor. Di sini lain....pegangan agama orang sini lain dari negeri-negeri lain. Kami di sini tak tokok tambah cara Nabi Muhammad beribadah. Kalau negeri-negeri lain nak lakukan bidaah dengan bertahlil, talqin, qunut dan lain-lain dipersilakan, tapi bukan di Perlis. Di sini tak ada bidaah, kami hanya ikut amalan ibadah cara Rasulallah..."
Lepas 3 tahun lebih berada di Perlis barulah JR beransur-ansur memahami tentang pegangan agama orang Perlis. Barulah JR tau di Perlis tak ada tahlil untuk aruah, tak ada talqin, qunut, bacaan Yasin beramai-ramai pada malam Jumaat, baca bismillah dengan kuat sebelum al-fatihah ketika solat, bacaan doa beramai-ramai lepas solat dan banyak lagi. Di Perlis semua amalan agama cuma mengikut cara Nabi tanpa tokok tambah...
Bagi Perlis mereka tidak mengikut mazhab Shafie semata-mata seperti negeri lain. Orang Perlis berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengikut majoriti pendapat imam mazhab yang empat (Shafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi). Kerana itulah cara beribadah di Perlis sedikit berbeza dengan negeri-negeri lain yang cuma berpegang kepada mazhab Shafie.
Kerana cara beribadah orang Perlis yang lebih mirip kepada cara beribadah orang-orang Islam di Mekah dan Madinah yang cuma mengikut cara Rasulallah beribadah tanpa tokok tambah, ada orang luar yang menuduh Perlis mengamalkan ajaran Wahabi. Dari pengalaman JR yang pernah tanya orang Perlis tentang Wahabi, ramai yang tercengang kerana mereka sendiri pun tak tau apa itu Wahabi.
Jadi bagi kita yang tak mahir tentang agama seperti JR ini, janganlah pandai tuduh orang itu ini Wahabi, Syiah dan lain-lain. Hormatilah Muslimin yang berbeza amalan agamanya dengan kita kerana antara kita lebih banyak persamaan dari perbezaan....
Betul tu JR..
ReplyDeleteJika kita jahil agama, pergi lah menuntut ilmu dahulu..
Jangan semudahnya menunding jari mengenai amalan yg dilakukan oleh mereka..
Masa CH pergi ke Kedah tempohari membuat lawatan kerja.. ada staff di situ bertanya.. lepas ni lawatan ke mana pula..
CH pun jawab hendak ke Perlis dulu...
Oohhh selamat pergi ke Negeri Darul Sunnah ye puan..
Ahhh sudah .. terpingga-pingga CH dibuatnya..
Tak pernah pulak dengar negeri darul sunnah tu...
Ada yg menyatakan mereka mengamalkan Wahabi.. wallahualam..
Ada ustaz yang sering menekankan jgn jadikan perbezaan macam ni sebagai satu persengketaan.
ReplyDeletetapi kebanyakan zaman sekarang memang macam ni
ReplyDeleteIsu ni dulu kat Perlis panas bukan main...
ReplyDeleteTeringat dl ms memula p Mekah kekok gak bl smbhyg Subuh xda qunut...lps smbhyg xda doa.Pastu lama2 dh biasa
Saya tertanya juga, di zaman Nabi SAW, baginda tak naik kereta, tak pakai handphone...jadi di Perlis, mereka bergerak naik unta ke kereta? Mereka berhubung guna telefon ke, atau masih guna pengantara posmen?
ReplyDelete:)
Masa saya mula2 kerja kat Perlis dulu pernah juga tanya (sebenarnya sindir, hehehe..) soalan yg sama kpd salah seorang staf pejabat saya (dia anak jati Perlis) - mengapa orang Perlis tak gantikan kereta dengan unta bila nak ke mana2, tak gantikan sudu dan garpu dengan tangan bila depa makan mee, tak gantikan rumah batu dengan khemah sebagai kediaman? Jawapannya mudah: kami ikut amalan Nabi SAW untuk rukun Islam kerana rukun Islam yang 5 itu adalah perkara asas dalam agama. Tentang rukun pengangkutan nak naik unta ke BMW ke, rukun makan nak guna garpu atau tangan dan rukun kediaman nak tinggal dalam rumah batu atau kayu atau dalam khemah ia bukan dalam rukun Islam yang lima, jadi buatlah ikut kemampuan masing2. Logik juga jawapannya kan..?
DeleteOK, kalau ikut rukun Islam...nak betul2 ikut cara nabi, buka puasa tu jgn la pi beli macam2 lauk kat bazar ramadan, bayar zakat ikut style zaman nabi, gi haji jangan naik kapal terbang...hihihihih
Deletekat perlis solat tak yah baca doa ifitah pun tak pe ... sebab sunat ..ustazah sekolah ai dulu org perlis .. hehehe tapi ai baca je dpt pahala lebih sikit
ReplyDeleteRasanya kalau saya buat seperti amalan di Perlis di rumah saya, mesti akan ada yang 'bersuara' di belakang saya.. contoh: bertahlil..
ReplyDeleteperlis buat yg asas je ... bagi saya mudah je . asalkan perkara itu tak dilarang dalam Islam dan kita buat dapat pahala , buat je ... Allah itu Maha Mengetahui ...
ReplyDeletesalam ,
ReplyDeletesaya berjiran dengan komunit arab Saudi. semasa kematian dia berkumpul di rumah baca alquran, selepas di tanam dia buat baca quran .. lepas tu di jamu makan. siap catering lagi.
Perlu kita ingat islam diperturunkan mainly dgn word of mouth. Orang arab ni terkenal dengan kemalasan mereka. dia permudahkan benda sampai amat menakutkan,
contohnya.daging selagi bukan babi boleh dimakan. tak haram.
baca bismillah.
tapi kepada yang ada agama dan geng atau sedara pembesar makan minum memang simplify.
berzina, tawaf 7 kali dah ok suci dari dosa.
puasa kalau buka puasa sblm matahri terbenam few mins ok. padahal clearly state sun up til sun down.
apa apa keliling kaabah ok....
kalau yg berpendidikan dan tahu tauhid dan fiqh asas yg sepakat.... mereka tak makan ayam lembu yg sembelih pakai karan dan blade yg digantung pada mesin.
jgn diikut sgt sebab kebanyakan mereka jadi pengikut, dan ideology tu suma utk kejaan dia nak control rakyat dia.
dan orang dia pemalas dari segi semua aspects. so imagine lah nak baca kitab. kalau nak tau quran cuma di tulis betul betul zaman khalifa. padahal masa tu dah ada system penulisan.
ingat lah bila di perturunkan dari mulut ke mulut memang banyak bentuk. maka ulama sepakat tu yg pentng. kalau kita kaji sejarah mmg perkembangan ugama bukan di mekah selepas wafat nya rasullullah saw. pbuh.
siapa yg belajar di makkah dan madinah nowadays memang under the filtered ideology of wahabi.
apa cerita kat pelis msia kata bidaah?
p/s bro I have nothing against you..
salam bro
ReplyDeleteactually setiap negeri kat tmur tengah ni ada fahaman masing masing . sapa yg di Syria kuat pengaruh shiah alawiah.
tu yg balik jadi mental.
zaman atuk saya beranak di mekah dulu pengajaran ugama islam betul betul mcm yg kebanyakkan kita buat dari segi tahlil, ngaji etc.. takde la takpayah baca doa qunut.
tapi kejaan Negara tu sekarang create ideology berfahaman yg agak sempit kerana mereka nak make sure org mereka tak pandai sangat. sebab mereka anak beranak rule sambil songlap duit minyak.
sebenarnya quality hidup org kebanyakkan rakyat biasa mereka masih low quality and medical not first class. even dental kena bayar. in the 80 s masih anak anak pergi sekolah perut kosong and tak de duit esp kalau bapa kerja buruh atau kerani.
jgn ingat dia jaga sgt kebajikan rakyat mereka. quality education, daily life, medical dan asas masih teruk ... kita cuma Nampak mereka belanja duit banyak. tapi itu cuma yg berkeja dan pangkat. berhutang segala .... so
that is why thy simplify a lot of thing. sbb less segala..
islam mereka mainly pada nama... dan jubbah dan kain tutup kepala hanyalah tradisi.
sebab its airy dan boleh tutup muka ribut pasir. jubbah tu more of pakain clan ethnic mereka.
warna putih adalah utk sejuk cuaca panas.
lain lain benda ......tolonglah jgn terikut ikut..... kalau betul lah sgt kejaan S.A . tu ...kenapa baru sekarang mereka kuatkan filtered ideology whabi tu?
takkan tetiba amalan dan ilmu di al azhar dan banyak lagi tempat jadi invalid. padahal kitab ada beribu tahun... ..kenapa tak refer? sebab dia tak nak orng persoalkan life style mereka anak beranak yg duduk kat atas tahta.
nabi muhd saw kawin org tua widower.. tak lebih dari sepatutnya.. mereka... buat lain lama lama jadi macam syiah..
bangsa kita cepat melatah meniru membabi buta.
org guna perkataan tertentu, kita copy tapi salah makna.
cthnya: terrer tak?
maksud nya menakutkan tak> In English = terror
gostan= go and stand. kita refer as reverse atau undur kebelakang.
back to the topic above, please msian, please jgn melatah pergi belajar balik suma tak kena. padahal dimana ulama sepakat ada refer kitab dan penulisan... utk mereka guna bukan sebab nak memperbodohkan rakyat mereka.
jgn lupa mereka adalah nation yg dibentuk dgn nama clan atau nama keluarga..saud.. jadi agama ideology ikut style mereka. polis muttawa semua bekas banduan.. so think again...
Saudi punya kjaan nak rewrite and recreate islam... dan tu sebab dia offer banyak scholarship.. tu cara nak sebarkan bidaah mereka]
ReplyDeleteanak keturunan arab mekah
maksudnya solat subuh tak perlu baca qunut?
ReplyDeleteDi sana mmg kuat wahabi
ReplyDeleteKita patut menghormati setiap pegangan mazhab orang lain.
ReplyDeleteTapi malangnya, masing-masing cuba untuk 'membenarkan' pegangan sendiri dengan cara 'menyalahkan' pegangan orang lain.
Itu yang SALAH...!