JR dah lama tak tengok berita TV. Apa lagi berita TV3. Bukan kerana boikot tapi kadang-kadang menyampah dengan cara stesen TV itu mempolitikkan berita.
Dua hari lepas masa JR pergi kenduri rumah jiran ada yang beritau TV3 sekarang ni sedang giat membuat kempen memburuk-burukkan kereta proton. Kononnya dah 3 malam berturut-turut siaran berita TV3 jam 8 malam membuat kempen memburuk-burukkan proton.
JR rasa macam tak percaya pula TV3 sanggup memburuk-burukkan kereta nasional negara sendiri. Memang pun ramai yang kata TV3 tu TV3 Suku, tapi budak 3 suku pun masih ada rasa hormat terhadap ibu bapa sendiri. Tak kan pula TV3 se 3 suku itu, sanggup memburuk-burukkan kereta nasional sendiri?
Macam tak percaya pula! Memang proton ada kelemahannya, kereta jenama lain termasuk kereta import pun ada kelemahannya. Tapi kalau dah stesen TV yang selalunya bersikap ultra-nasionalis sanggup memburuk-burukkan kereta nasional sendiri nampak macam ada benda yang tak kena pulak.
Kalau TV3 memburukkan Merc, BMW, Honda, Nissan, Toyota, Porche memang masuk akal sebab ia bukan produk negara sendiri. Tapi memburukkan proton..kereta nasional sendiri, erggggg...
Baru malam tadi JR percaya TV3 sedang berkempen untuk memburuk proton bila seorang Tan Sri yang pernah jadi Menteri pun kata hal yang sama. Tapi kepada pemilik proton jangan marah wartawan TV3, mereka hanya ikut perintah boss mereka.....
Politik oh politik.... Mungkin betul kata pujangga: 'Politics is the art of the possible..'
ada udang disebalik mi..ada agenda tersembunyi...haha bkn susah nak faham pun..
ReplyDeletedah mcm perang urat saraf . urat saraf sape lah yg terputus nanti ni ... ermmm
ReplyDeleteKalau betul le arahan PM, nampaknya PM cuba 'menaikkan' nama 1MDB dengan cara memburukkan Proton.
ReplyDeleteCis...!
Dah 10 tahun pakai proton iswara...Alhamdulillah ok je.. setakat masuk bengkel sbb kes kecik2 tu biasa lah... kos maintenence pun x semahal kereta luar
ReplyDeleteMula saya beli iswara kemudian wira. Kemudian istri beli kancil. Lepas kemalangan saya beli viva.
ReplyDeletePerbezaan antara kedua ini ialah khidmat lepas jualan.
Servis oleh perodua adalah paling baik dan mesra...
Mula saya beli iswara kemudian wira. Kemudian istri beli kancil. Lepas kemalangan saya beli viva.
ReplyDeletePerbezaan antara kedua ini ialah khidmat lepas jualan.
Servis oleh perodua adalah paling baik dan mesra...
Mula saya beli iswara kemudian wira. Kemudian istri beli kancil. Lepas kemalangan saya beli viva.
ReplyDeletePerbezaan antara kedua ini ialah khidmat lepas jualan.
Servis oleh perodua adalah paling baik dan mesra...
proton ke perodua ke...sama aje...setakat nie pakai kereta iswara ok je...alhamdulilah dah banyak berjasa kereta tu :-))
ReplyDeleteMakchaq dah lama sangat tak tengok tv... dapat tau jugak isu memburukkan proton ni dari media lain..
ReplyDeleteTak tau la penasihat mana punya agenda pulak kali ni.. tapi rasanya penasihat terbaru yang kononnya untuk menaikkan imej PM kot...dia dah warning TunM...
Sekarang ni bunda banyak tengok berita tentang Sabah jer...
ReplyDeletesbb proton = mahathir ! Tu agendanya..
ReplyDelete