Antara manusia yang paling popular dan menjadi tajuk berita utama di Malaysia dalam tempoh sebulan dua bulan ini ialah Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Hampir setiap hari berita dan gambarnya yang seiras dengan wajah seorang tokoh pembangkang itu tersiar dalam akhbar.
Memandangkan JR bukan orang yang minat sangat dengan politik (malah kadang-kadang sangat benci dengan wajah politik jijik Malaysia), lalu JR tidak begitu tahu latar belakang Datuk Eskay dan siapa dia sebenarnya. Setakat yang JR tahu dia adalah bekas konsulat Thailand di Malaysia dan seorang mualaf yang baru memeluk Islam. Setakat itu saja yang JR tahu tentang tokoh yang tiba-tiba popular ini.
JR terlalu ingin tahu siapa sebenarnya Datuk Eskay, kerana namanya agak pelik. Dan bila minggu lepas dia muncul dalam TV dengan bersumpah di sebuah masjid di Sentul dengan sebutan yang agak pelik sambil memegang Quran secara terbalik bertambah heran JR siapa sebenarnya orang itu??
Selepas puas mencari maklumat mengenai Datuk itu, hari ini JR mendapat maklumat mengenainya. Sama ada ia maklumat betul 100% atau cuma betul 75%, inilah maklumat mengenai Datuk Shazryl Eskay Abdullah:
Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini.
Siapakah Eskay?
1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.
2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.
3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.
4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.
5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali ke Hotel Armada PJ sekiranya ingin menjalankan aktiviti seksual.
6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang.
7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung. (Sumber: milosuam)
orang macam tu pon nak sumpah laknat sambil pegang al-Quran ? adoii
ReplyDeleteFreaky: Kalau org tu faham isi Quran pasti dia takut hendak bersumpah dgn Quran...
ReplyDelete