»

05 May 2011

Nasihat Pakar: Jangan Sedut Lemak, Seketul Pergi 10 Ketul Datang Lagi

user posted image

Jika korang atau kenalan korang "terlebih sihat", montel serta gebu dan berura-ura nak kuruskan badan melaui proses sedut lemak (liposuction), lupakan saja!! Ia proses yang hanya membuang duit saja sebab mengikut satu kajian lemak itu akan datang balik.

Kajian oleh University of Colorado, Amerika Syarikat menunjukkan lemak boleh datang kembali pada tempat yang sama sedutan dibuat atau  di tempat lain yang tidak diingini. Kajian ini dilakukan oleh sekumpulan pakar dari University of Colorado  melibatkan 14 peserta wanita  yang berusia dalam lingkungan 40 tahun dan mempunyai lemak yang banyak di beberapa bahagian tubuh. Wanita-wanita ini kemudian telah disedut lemak sebanyak kira-kira 2.1% dari tubuhnya.

Setelah melakukan sedut lemak, pengkaji mengukur perubahan yang terjadi di dalam tubuh peserta selepas  6 minggu, 6 bulan dan satu tahun dengan menggunakan pengukur MRI serta scan X-ray.

Hasil yang didapatkan setelah satu tahun melakukan sedutan ialah lemak muncul kembali di kawasan  perut sebagai lemak subkutan (tepat di bawah kulit) dan lemak visceral (dalam di sekitar perut). Lepas lemak lama dibuang, lemak baru datang balik..

Oleh itu jika sekalipun korang banyak duit, gunakanlah wang itu untuk perkara-perkara lain yang lebih berfaedah dan bukannya menyedut lemak yang tak membawa apa-apa keberuntungan pada jangka panjang. Jika mau kurus, jagalah pemakanan dan bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu....duit tak habis dan badan pun sihat walafiat!!

(Sumber info: LA Times)

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....