Itulah Remy, jangan main-main dengan wartawan ni. Kena ingat Remy, wartawan ada pedang tajam bernama pena, bila tersilap cakap kau yang kena. Beware of journalists, they have license to kill!! Hanya kerana gara-gara bercakap sedikit "meninggi suara" dengan wartawan, kini pelakon Remy Ishak,29, berkata dia sangat tertekan kerana banyak laporan yang mengkritiknya termasuklah kejadian terbaru apabila dia dikatakan menempelak dua orang wartawan akhbar.
Remy berkata, seperti yang tersiar dalam mstar hari ini dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan kejadian yang berlaku itu sekadar salah faham.
“Saya akui, ia hanyalah salah faham di antara saya dengan pihak media yang menemu bual saya. Mereka bertanya saya soalan dan saya menjawab dengan cara saya (cara kasar!!). Mungkin dia orang tidak biasa dengan (cara kasar) saya dan saya pula jarang sekali berjumpa dengan mereka,” katanya kepada mstar.
Remy diminta mengulas laporan sebuah pojok menerusi akhbar mingguan Ahad lalu yang mengkritik perbuatannya kerana dikatakan telah meninggikan suara dengan dua orang wartawan.
Laporan itu menyebut semasa kejadian wartawan berkenaan cuba bergurau termasuklah mengusiknya dengan Tiz Zaqyah sebaliknya pelakon itu dikatakan mengambil serius gurauan tersebut termasuklah mengeluarkan kata-kata kurang enak kepada mereka.
Katanya, peristiwa dan laporan itu turut menyebabkan dirinya tertekan dan bimbang masyarakat di luar sana akan memandang buruk dan menganggap perkara yang bukan-bukan terhadapnya.
“Saya mengaku saya begitu “down” sangat dengan peristiwa itu. Saya tak mahu orang anggap saya yang bukan-bukan. Kalau kita yang duduk dalam industri hiburan ni lainlah... kita boleh faham. Orang luar, mereka tak faham situasi sebenar. Saya tak ambil serius hal ini tetapi saya akui, kontroversi turut mencacatkan perjalanan seni saya. Cuma saya tak mahu imej saya disalah anggap,” katanya.
Itulah Remy, kau tu artis yang menjadi public figure, bukan macam JR yang bukan siapa-siapa ni, nak buat apa pun orang tak kisah. Apa yang kau buat sebagai artis semua diperhatikan orang. Cakap kasar sikit pun salah, orang akan kata panas baran. Cakap lembut pun salah juga, nanti orang kata cakap macam pondan. Kalau tak cakap lagilah salah, nanti wartawan kata sombong.
Apa-apa pun dengan wartawan kena waspada. Dengan wartawan, bibir kita kena selalu menguntum senyum, suara kita kena selalu lemak dan lunak. Dengan wartawan, biar hipokrit asal kita tak kena gigit. Dengan wartawan, kita kena tahan makan cabai asal diri tak kena tibai.
JR: Bersyukur tak jadi artis......
haih memang tepat la kerana mulut badan binasa kene tibai.. huhu
ReplyDeleteKesian kat hero malaya ni....
ReplyDelete