»

02 May 2011

No Google, No GPS, No Camera, Tapi Harga Henset Ni RM183,100



Æsir YB1: No Google, no GPS, no camera…

Orang super kaya @ jutawan tak perlukan iPhone - mereka mempunyai staf yang mencukupi untuk menguruskan semua jadual harian mereka termasuk bertemu pelanggan, menghadiri mesyuarat, malah makan. Mereka juga tak perlu hantar e-mail, atau mengemaskini Facebook kerana semuanya dikendalikan oleh staf mereka. Mereka cuma perlu bercakap dan memberi arahan apa nak ditulis dan semuanya pembantu mereka yang buat. Sebab itu mereka tak perlukan iPhone, iPhone hanya untuk mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah yang hidupnya tak berapa sibuk seperti kita. Jutawan dan bilionaire seperti mereka tak perlukan iPhone.

Bagi orang super kaya, mereka cuma perlukan telefon bimbit untuk bercakap dan memberi arahan. Kerana itu mereka hanya perlukan telefon bimbit yang cuma ada fungsi panggilan dan SMS. Tak perlu telefon bimbit yang ada Google, GPS mau pun kamera, orang kaya tak perlukan itu semua, kerana semua perkara remeh itu boleh dibuat oleh pembantu mereka.

Dan inilah telefon bimbit yang cuma ada fungsi panggilan dan SMS yang orang-orang super kaya @ jutawan perlukan, sebuah telefon bimbit jenama  Æsir bermakna hidung Tuhan:


Telefon bimbit Æsir ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari Denmark. Bagi Æsir yang skrinnya daripada batu nilam seperti foto di atas ia dijual pada harga  £6,400 (RM31,675.00). Murah saja kan, lebih kurang sama dengan harga sebuah kereta Viva!

Tapi bagi henset yang diperbuat dari emas tulen seperti foto di bawah harganya jauh lebih mahal dari yang skrinnya diperbuat dari batu nilam, walaupun ia cuma dilengkapi dengan fungsi panggilan dan SMS:

Henset emas ni berharga RM183,100!!


Korang nak tau berapa harga henset yang diperbuat dari emas dan tiada google, tiada GPS, tiada kamera seperti foto di atas? Harganya ialah £37,000 (RM183,100) - cukup untuk membeli sebuah kereta mewah!!

(Sumber berita: myxpitstop)

4 comments:

  1. walaupon basic function tapi stylo jugak...

    ReplyDelete
  2. Kalau RM183,000 tu diberi kpd saya, saya akan derma RM1,000 kpd 183 masjid; itu lebih afdal dari beli henset yg tak guna tu...

    ReplyDelete
  3. Freaky: ya memang stylo!!

    ReplyDelete
  4. semutapi: Saya sokong idea tu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....